31.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 20, 2021

Isteri MB Selangor ucap terima kasih kepada Air Selangor

Isteri kepada Menteri Besar Selangor, Masdiana Muhamad hari ini mengucapkan terima kasih kepada syarikat Air Selangor kerana telah menghantar lori air hingga ke rumahnya.

Ini berikutan terputusnya bekalan air di beberapa kawasan di Selangor akibat pencemaran air hingga menyebabkan beberapa loji pembersihan air terpaksa dihentikan operasi.

“Terima kasih Air Selangor kerana menghantar air, saya memahami anda adalah frontliner ketika ini, semoga Allah merahmati khidmat kalian.” ujarnya di Instagram yang menggunakan nama Masdiana Muhamad.

Selain dari itu Isteri MB turut memuat naik gambar keluarga mandi manda di kolam renang kediaman mereka.

Menurut berita, bekalan air akan terputus sekurang-kurangnya lagi empat hari.

Lain pula apa yang dialami oleh jutaan penduduk di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur kerana mereka terpaksa keluar menadah air di tepi-tepi jalan kerana tiada lori air yang dihantar ke kawasan rumah mereka.

Banyak aduan telah dibuat kerana masih banyak tempat yang tidak didatangi oleh lori air.

Posting instagram Masdiana juga telah tular di twitter dan mendapat banyak reaksi dari netizen.

Berita berkaitan:
Boleh saman pencemar air, pihak berkuasa, kata peguam
Gangguan bekalan air di Selangor dijangka berlarutan selama empat hari
4 suspek cemar Sungai Gong direman 6 hari

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.