24.2 C
Kuala Lumpur
Friday, October 2, 2020

KUIN Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan Di Kolej Dengan Bayaran RM150 – 250.

ALOR SETAR: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid pada Isnin menyelar tindakan pihak pengurusan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang didakwa mewajibkan pelajar baru menjalani ujian pemeriksaan kesihatan yang hanya boleh dilakukan di kolej itu.

Beliau mendakwa semua pelajar sesi baru perlu menjalani ujian pemeriksaan di kolej milik kerajaan negeri Kedah itu dengan bayaran antara RM150 hingga RM250 yang ditanggung sendiri oleh pelajar terbabit, dan ia membebankan pelajar-pelajar terbabit.

“(Dalam keadaan itu) bagaimana sebuah institusi pengajian tinggi nak menyediakan satu kemudahan yang baik kepada pelajar lebih-lebih lagi dalam bidang agama dengan kos yang berpatutan.

“Mereka nak buat apa-apa kaedah pun tidak apa, asalkan bagi kos berpatutan dan pelajar dapat faedah yang lebih baik seperti pengajian, kemudahan asrama dan yuran berpatutan,” katanya pada sidang media di sini.

Mahdzir yang juga bekas Menteri Besar Kedah berkata Kuin harus sedar setiap perancangan mesti ada pengukuran sama ada mampu atau tidak untuk melaksanakannya seperti penubuhan 48 program pengajian di kolej tersebut.

“Buat apa nak tambah program pengajian kalau tak mampu. Itu yang kita persoalkan. Kuin ada program sedia ada seperti Usuluddin, Syariah, Bahasa Arab dan Perbankan Mualamat,” jelasnya.

Katanya beliau membuat pendedahan ini bukan untuk dipolitikkan tetapi untuk kepentingan rakyat negeri ini, sesuai dengan slogan kerajaan negeri iaitu ‘Kedah Sejahtera’.

Mahdzir sejak kebelakangan lantang mengkritik pentadbiran Kuin termasuk ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri bulan lalu.

Beliau mendakwa menerima banyak rungutan daripada kakitangan Kuin sendiri bahawa kolej itu kini berhadapan dengan krisis kewangan yang serius sekaligus memberi impak kepada kakitangan dan pensyarahnya.

Sementara itu, mengenai Projek Hab Hidrokarbon Sungai Limau (Sulihh) di Yan yang masih gagal dilaksanakan, Mahdzir berkata projek mega tersebut tidak akan dibangunkan memandangkan kos yang terlalu tinggi untuk menambak laut, seperti yang dirancang oleh kerajaan negeri sekarang.

Katanya perancangan asal kerajaan negeri semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) adalah di tapak darat yang tidak melibatkan kos berganda untuk membangunkan projek tersebut.

Beliau berkata jika BN mengambil alih semula kerajaan negeri, satu kaedah terbaik akan dilakukan jika projek itu sesuai.

“Dia (Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak) letak tanggungjawab pada syarikat itu dan dipersalahkan sebab tak dapat buat (projek itu),” kata Mahdzir.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan