Pemberian duit raya Peneroka Felda RM300 selepas tular dikecam rakyat

Sebelum ini Azmin Ali mengumumkan tiada ‘Duit Raya’ kepada FELDA. Namun penat dikecam akhirnya…

Selepas tular dan dikecam rakyat akhirnya Kerajaan dilaporkan bakal memberikan insentif atau duit raya kepada 112,635 peneroka FELDA di seluruh negara seperti amalan yang dilakukan sejak tahun 2011 dengan kadar RM300 bagi setiap peneroka.

Dalam satu surat Kementerian Hal Ehwal Ekonomi yang tular bertarikh 30 Mei 2019 menyatakan Mesyuarat Jemaah Menteri 29 Mei telah meluluskan pemberian Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri bersekali tunggakan Pinjaman Sara Hidup dan pendahuluan hasil kepada peneroka terlibat.

Sebelum ini Dato’ Seri Azmin Ali Menteri Hal Ehwal Ekonomi menyatakan tidak akan memberikan bantuan hari raya yang menyebabkan rakyat, pembangkang dan sebilangan pemimpin kerajaan mengkritik langkah itu.

https://pakdin.my/tag/peneroka

https://pakdin.my/felda

Comments (3)

  1. Nujaimi Awang May 31, 2019 @ 13:52
  2. Jelut Faizal May 31, 2019 @ 14:37
  3. Hazeem Khan May 31, 2019 @ 23:39

Leave a Reply