Home / :: BLOG :: / Ringgit Cecah Paras Tinggi Susulan Kenaikan Harga Minyak Dunia

Ringgit Cecah Paras Tinggi Susulan Kenaikan Harga Minyak Dunia

Dagangan ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat sejak Ogos 2016 susulan kenaikan harga minyak global merupakan pendorong kepada permintaan.

Pada 9 pagi tadi nota tempatan itu mencatatkan 4.0000/0030 berbanding dolar AS daripada 4.0050/0080 pada penutupan semalam.

Minyak mentah Brent diniagakan pada AS$ 68.10 (AS$1 = RM4.00) setong, naik 0.04 peratus, manakala minyak mentah West Texas Intermediate mencatatkan AS$ 62.03 setong, meningkat 0.03 peratus, pada pembukaan pasaran.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Bagaimanapun ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0141/0184 daripada 3.0129/0156 dan meningkat berbanding yen kepada 3.5470/5506 daripada 3.5584/5614 sebelumnya.

Ringgit mengukuh berbanding euro kepada 4.8296/8344 daripada 4.8228/8280 semalam dan lebih tinggi berbanding pound British pada 5.4240/4289 daripada 5.4240/4296 sebelumnya.


Rujukan:
Ringgit cecah paras tertinggi berbanding dolar
https://malaysiakini.com/news/407626

(Visited 15 times, 1 visits today)

Artikel berkaitan

13 comments

  1. Razman Ramli

    Syukur…ringgit kembali mengukuh…

  2. Ahmad Mahaiyuddin

    Ringgit akan naik lagi jika tiada Mahadet dengan hati hitam dan busuk dia.Takapa masih kukuh ,dia dah tak relevan lagi.

  3. Ahmad Mahaiyuddin

    Ringgit akan naik lagi jika tiada Mahadet dengan hati hitam dan busuk dia.Takapa masih kukuh ,dia dah tak relevan lagi.

  4. EricMicheal Yoong

    Kita patut bersyukur. Kalau ringgit cecah us3.20 kompom kerajaan kembalikan subsidi minyak.

  5. Mohd Hanief

    Nilai ringgit akan naik jika harga minyak petrol domestik mencecah rm5 seliter

  6. Iqbal Zharif

    So apa nak bangga? Minyak masih mahal.

  7. Zakri Perodua

    Bila rnggit nk kukuh mcm awal 90an 1 usd rm 2.50
    Awal 2000 1 usd rm 3.20
    Last zmn pak lah 1 usd rm 3.60
    Skrg 1usd rm 4++??

  8. Mohamed Zuhri Amir

    Puok macai pH kata Kita tak guna matawang amerika d Malaysia???

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.