Setiap Hari RM300 Juta Hilang

#FaktaBukanAuta #ManipulasiHutangNegara

Itu angka yang menakutkan sejak PH menjadi kerajaan di Putrajaya. Keyakinan pelabur dan komuniti perniagaan terhadap kredibiliti kerajaan PH makin hilang.

Mereka melihat sendiri bagaimana angka dimanipulasikan. Komuniti perniagaan percaya pada kredibiliti Moody’s berbanding kenyataan “flip flop” Menteri Kewangan yang tiba tiba “disucikan” daripada pertuduhan rasuah di mahkamah.

https://www.thestar.com.my/business/business-news/2018/06/13/moodys-maintains-malaysia-debt-burden-at-50pt8pct-of-gdp/

Penjualan saham Malaysia oleh pihak asing meningkat kepada RM1.21 bilion minggu lepas daripada RM903.1 juta minggu sebelumnya.

Secara purata, Malaysia kehilangan RM301.5 juta setiap hari pada minggu lepas berbanding RM180.6 juta setiap hari seminggu sebelumnya.

Penjualan asing itu kini telah berlarutan kepada 28 hari pasaran berturut-turut. Ini tidak termasuk RM20 bilion yang ditarik balik oleh warga asing dari pasaran bon kita sejak PRU14.

Sejak dua minggu yang lalu, Menteri Kewangan kerajaan PH terus mengatakan bahawa data kewangan dari institusi asing tidak tepat. Lebih teruk Menteri Kewangan PH itu mendakwa Moody’s juga tidak tahu keadaan sebenar masalah kewangan Malaysia.

Menteri Kewangan PH yang pernah digelar Umar Abdul Aziz itu suatu ketika dahulu, kemudian membuat “pendedahan” dan membayangkan bahawa rakan dagangan terbesar dan pelabur asing terbesar Malaysia telah terlibat dalam rasuah dengan kerajaan sebelumnya untuk menipu rakyat Malaysia berkenaan kedudukan sebenar kewangan negara.

Kemudian, Menteri Ekonomi baru PH, Azmin Ali memberitahu Financial Times UK bahawa keseluruhan ekonomi Malaysia berada dalam keadaan bermasalah dan beliau datang dari negeri terkaya untuk memegang jawatan di negara muflis.

Kalau begitu kenapa lepas jawatan jadi MB Selangor dan hendak jadi Menteri EPU? Buat apa pegang jawatan di negara yang muflis?

Pada dasarnya, dua menteri utama kerajaan PH ini yang bertanggungjawab terhadap ekonomi Malaysia telah secara sengajanya memberitahu dunia bahawa data Malaysia tidak boleh dipercayai, negara terbesar yang membeli eksport Malaysia terlibat dalam rasuah dan negara kita sudah muflis.

Bagaimanakah mesej-mesej tersebut akan membantu menanam keyakinan dalam ekonomi kita?

Tidak membantu langsung. Malah menggalakkan lagi pelabur daripada mengeluarkan duit dari Malaysia. Itu yang hilang sampai RM300 juta sehari itu.

Tengok ucapan Perdana Menteri PH pada malam Hari Raya. Ucapan yang tidak macam ucapan Hari Raya, masih lagi hendak berpolitik. Entah siapalah sediakan teks ucapan tersebut. Entah entah DAP agaknya.

PM kerajaan PH suruh rakyat berjimat dalam ucapan tersebut. Sedangkan akhbar Nikkei Asean melaporkan syarikat San Miguel (anak PM PH) ingin membeli beberapa aset negara. Amat kontradiks sekali.

Rakyat disuruh ikat perut. Rakyat disuruh hulur derma. Rakyat disajikan dengan cerita persepsi kononnya negara banyak hutang dan sebagainya. Sedangkan syarikat anaknya sendiri diam diam hendak membeli aset negara.

Bagaimana boleh jadi begitu? Tentu Rafizi lebih mengetahui dan pakar tentang San Miguel ini. Gas masak rakyat naik harga, tol tidak dimansuh, harga barang tidak turun, malah lebih teruk semalam siaran Piala Dunia pun rakyat kena tipu.

Rakyat dijanji siaran di TV1 dan TV2 untuk World Cup. Sampai kesudah semalam rakyat kempunan hendak tengok Jerman lawan Mexico. Undilah lagi PH, kan dah kena tipu. Sekarang siapa yang kena “hancing”?

Baru 39 hari usia kerajaan PH, lagi 61 hari nak cukup 100 hari. Sudah macam macam dah rakyat kena tipu.

Tulisan :
Prof Madya Azizi Aaron

Comments (65)

  1. Harm Ka Thursday, June 21, 2018 07:13:
  2. Ahmad Fadzli Thursday, June 21, 2018 08:35:
  3. Abu Bakar Abu Ahmad Thursday, June 21, 2018 08:35:
  4. Jais J's Thursday, June 21, 2018 08:41:
  5. Shah Ibrahim Thursday, June 21, 2018 08:44:
  6. Fadri Hanafi Thursday, June 21, 2018 09:23:
  7. Day Rashid Thursday, June 21, 2018 09:36:
  8. Hasnah Ina Thursday, June 21, 2018 09:42:
  9. Zaha Bidin Thursday, June 21, 2018 09:46:
  10. Joe Labu Labi Thursday, June 21, 2018 09:48:
  11. Amieragusto Amieragusto Thursday, June 21, 2018 09:54:
  12. Zuhairiah Alwi Thursday, June 21, 2018 10:11:
  13. Azmi Hassan Thursday, June 21, 2018 10:28:
  14. Liza Thursday, June 21, 2018 10:29:
  15. Rosli Bakar Thursday, June 21, 2018 11:15:
  16. Hasnah Ina Thursday, June 21, 2018 11:41:
  17. Liza Asri Thursday, June 21, 2018 12:16:
  18. Mohd Azrie Thursday, June 21, 2018 12:17:
  19. Kay Maria Thursday, June 21, 2018 12:19:
  20. Arrahaq Salihin Thursday, June 21, 2018 12:24:
  21. Eric Tang Thursday, June 21, 2018 12:25:
  22. Lokum Bo Kua Thursday, June 21, 2018 12:48:
  23. Ritz Juan Thursday, June 21, 2018 12:48:
  24. Haniff Bahari Thursday, June 21, 2018 12:56:
  25. Amieragusto Amieragusto Thursday, June 21, 2018 13:18:
  26. Rosli Md Jani Thursday, June 21, 2018 14:33:
  27. Che Noran Mohd Jelas Thursday, June 21, 2018 14:48:
  28. Paragas Katipang Thursday, June 21, 2018 14:49:
  29. Nadzlan Ishak Thursday, June 21, 2018 14:51:
  30. Sawal Suramin Thursday, June 21, 2018 14:51:
  31. Paragas Katipang Thursday, June 21, 2018 14:55:
  32. Jie Gee Thursday, June 21, 2018 14:59:
  33. Jie Gee Thursday, June 21, 2018 15:00:
  34. Jie Gee Thursday, June 21, 2018 15:00:
  35. Amerrudin Md Yossoff Thursday, June 21, 2018 15:12:
  36. Rauziah Mohd Ayob Thursday, June 21, 2018 15:18:
  37. Syed Seh Thursday, June 21, 2018 15:35:
  38. Cyruz Virvz Thursday, June 21, 2018 16:07:
  39. Cyruz Virvz Thursday, June 21, 2018 16:10:
  40. Haziq Francis Thursday, June 21, 2018 16:26:
  41. Muhamad Ariff Thursday, June 21, 2018 16:41:
  42. Salmiah Siti Thursday, June 21, 2018 17:13:
  43. Sarjana Marjuni Marjuni Thursday, June 21, 2018 17:32:
  44. Abdul Latif Mokhtar Thursday, June 21, 2018 17:45:
  45. Putera Arjuna Thursday, June 21, 2018 18:01:
  46. Putera Arjuna Thursday, June 21, 2018 18:03:
  47. Umi Sarimah Thursday, June 21, 2018 20:48:
  48. Jojo Hasim Thursday, June 21, 2018 23:11:
  49. Zack Red Sniper Zack Friday, June 22, 2018 00:21:
  50. Jojo Hasim Friday, June 22, 2018 00:34:
  51. Nazim Qahar Muhamad Friday, June 22, 2018 00:54:
  52. اكروم زاكى Friday, June 22, 2018 01:02:
  53. اكروم زاكى Friday, June 22, 2018 01:04:
  54. Azlan Hassan Friday, June 22, 2018 10:00:
  55. Bob Othman Friday, June 22, 2018 10:18:
  56. Noreda Nored Friday, June 22, 2018 12:13:
  57. Deepan Kumar Friday, June 22, 2018 14:36:
  58. Chung WK Friday, June 22, 2018 21:04:
  59. Nyor Laut Saturday, June 23, 2018 09:22:
  60. Batis Hitam Hitam Saturday, June 23, 2018 10:15:
  61. Batis Hitam Hitam Saturday, June 23, 2018 10:17:
  62. Ritz Juan Saturday, June 23, 2018 11:12:
  63. Ritz Juan Saturday, June 23, 2018 11:13:
  64. Haizul' Jen Endo Monday, June 25, 2018 00:00:
  65. Amerrudin Md Yossoff Monday, June 25, 2018 10:15:

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.