Sorotan 2014: Tahun Krisis Politik Di Selangor

kajang-move-khalid-anwar

- Advertisement -

Tahun 2014 menyaksikan krisis kepimpinan di Selangor yang berakhir dengan episod peletakan jawatan secara ‘paksa’ Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar dan digantikan dengan seteru politiknya Mohamed Azmin Ali.

Bermula dengan ‘Langkah Kajang’, satu demi satu reputasi Abdul Khalid yang menerajui kepimpinan kerajaan negeri Selangor sejak 13 Mac 2008 dicalarkan oleh partinya sendiri, Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Kemelut dalaman PKR membawa kepada pemecatan Abdul Khalid daripada parti itu pada 9 Ogos lepas kerana mengingkari keputusan Majlis Pimpinan Pusat yang mencalonkan Presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar yang baharu.

Abdul Khalid, 68, seterusnya menerima pelbagai tekanan untuk menjelaskan isu berkaitan elaun baharu menteri besar; kenaikan cukai bagi lesen perniagaan; isu pinjaman beliau dengan Bank Islam dan cadangan pembinaan Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex).

‘Tertekan’ dengan asakan ini, Abdul Khalid yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang akhirnya ‘akur’ untuk berundur tetapi hasratnya terbantut apabila Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menangguh untuk menerima peletakan jawatannya sehingga pelantikan baharu ditentukan.

Kemelut politik dalaman PKR itu kemudiannya menjadi virus dan mencetus pergeseran antara parti dalam pakatan pembangkang iaitu PKR, PAS serta DAP apabila empat anggota Exco kerajaan negeri daripada PAS digelar pengkhianat oleh DAP.

Ini kerana masih bersama-sama Abdul Khalid dalam menjalankan pentadbiran negeri sedangkan enam lagi anggota Exco kerajaan negeri daripada DAP dan PKR telah meletak jawatan.

Pihak istana turut menerima tempias kemelut itu sehingga Sultan Sharafuddin menitahkan agar setiap parti dalam pakatan itu menghantar sekurang-kurangnya dua nama calon menteri besar baharu untuk pertimbangan baginda.

PKR dan DAP bagaimanapun tetap berdegil apabila hanya mempersembahkan nama Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal menteri besar baharu.

PAS sebaliknya akur dengan titah baginda dengan menghantar tiga nama calon menteri besar Selangor yang baharu tetapi nama Dr Wan Azizah tidak berada dalam senarai itu.

Kedegilan PKR dan DAP menyebabkan Sultan Selangor amat dukacita dan krisis jawatan menteri besar itu menurut baginda, telah membuka mata dan hati serta pandangan baginda terhadap situasi politik Selangor.

Di sebalik krisis pentadbiran yang melanda negeri itu, Abdul Khalid tetap komited menjalankan tugas-tugas terakhirnya sebagai menteri besar dan pada 12 Sept lepas, kerajaan Persekutuan dan kerajaan Selangor memeterai Perjanjian Utama penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Melalui perjanjian utama itu, sebuah entiti baharu, Air Selangor Sdn Bhd, mengambil alih operasi dan penyelenggaraan loji rawatan air serta perkhidmatan pembekalan air yang sebelum ini dilakukan oleh empat syarikat konsesi.

Teka teki siapa pengganti Abdul Khalid bagi mengisi jawatan tertinggi pentadbiran Selangor akhirnya terjawab apabila Adun Bukit Antarabangsa Mohamed Azmin Ali, 50, mengangkat sumpah sebagai menteri besar Selangor ke-15 pada 23 Sept lepas.

Sejurus menerima tanggungjawab baharunya, Mohamed Azmin dilihat mengambil pendekatan popular terutama dalam isu membabitkan jalan dan sampah sehingga beliau berani mendedahkan nombor telefon bimbitnya di media sosial meminta penduduk tempatan menghantar mesej kepadanya jika melihat sampah yang belum dikutip.

Setelah melepaskan jawatan menteri besar, Abdul Khalid terus ‘diserang’ apabila beberapa pihak mendakwa pembayaran pampasan berjumlah kira-kira RM2.6 juta kepada lapan pegawai beliau yang dilantik Perbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) tidak dibuat mengikut tatacara dan prosedur betul.

Dalam suasana yang mula tenang selepas Mohamed Azmin menjadi menteri besar yang baharu, rakyat Selangor dikejutkan dengan tindakan Sultan Sharafuddin menarik balik darjah kebesaran yang membawa gelaran ‘Datuk Seri’ yang dikurniakan kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkuat kuasa 3 Nov lepas.

Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani dalam kenyataan memberitahu penarikan Darjah Kebesaran Seri-Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSSA) yang dikurniakan pada 1992 itu adalah berasaskan kepada tindakan dan perlakuan Anwar sejak akhir tahun 2013 yang mempersoalkan kewibawaan dan kuasa Sultan Selangor serta institusi raja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan menteri besar Selangor.

Mohamad Munir juga berkata penarikan darjah kebesaran itu turut berasaskan kepada tindakan Anwar dalam hal-hal berkaitan isu agama Islam yang telah dimaklumi umum bahawa Sultan mempunyai kuasa eksekutif dan sebagai ketua agama seperti mana termaktub di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Sungguhpun begitu, Anwar yang juga ketua pembangkang masih bergelar Datuk Seri yang diterima dari tujuh negeri lain iaitu Pahang, Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Sabah, Perak dan Perlis.

Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

Covid-19: Pesakit terakhir dibenarkan pulang hari ini, tutup terus pusat kuarantin

TERDAHULU, seperti yang dilaporkan media tempatan, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dijadikan kawasan pusat kuarantin...

Covid-19: Pesakit terakhir dibenarkan pulang hari ini, tutup terus pusat kuarantin

TERDAHULU, seperti yang dilaporkan media tempatan, Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) dijadikan kawasan pusat kuarantin...

Kes bunuh Kevin Morais, pakar patalogi dan lima lelaki dihukum mati

Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman mati terhadap pakar patologi Kolonel Dr R. Kunaseegaran dan lima lelaki selepas didapati bersalah membunuh Timbalan...

Undersea Tunnel Project: Lim Guan Eng To Give Statement To MACC

Members of the press have been camped out since early morning at the Malaysian Anti-Corruption Commission’s (MACC) state headquarters amid speculation that a former...

35,000 pemandu bas sekolah diberi bantuan khas RM600 setiap orang – Wee Ka Siong

Seramai 35,000 pemandu bas sekolah di seluruh negara akan menerima bantuan khas berjumlah RM600 setiap seorang, demikian diumumkan Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong hari...

Najib Saran UMNO Ambil Balik Parlimen Mersing Dari Abdul Latiff

Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad tiada keperluan untuk membuat kenyataan bahawa UMNO Sabah sudah tidak laku biarpun sudah melompat parti, kata Datuk Seri Najib...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.