Tiada tarikh, terpulang pada saya, kata Dr M selepas mesyuarat PH - pakdin.my

Pimpinan tertinggi Pakatan Harapan sepakat untuk tidak menetapkan tarikh peralihan kuasa daripada Pengerusi Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Mahathir pada sidang media selepas mesyuarat majlis presiden gabungan itu di Yayasan Kepimpinan Perdana malam tadi berkata keputusan itu dicapai sebulat suara.

“Kita bincang panjang lebar berkenaan dengan masa depan parti…terdapat 2 pendapat tetapi akhirnya, dan ini saya berasa bangga, semuanya diserah kepada saya. Apa saya kata mereka akan turut dan saya kata peralihan akan berlaku selepas Apec,” katanya, merujuk kepada Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik pada November.

“Tiada tarikh – hanya selepas Apec. Terpulang pada saya sama ada saya nak lepas atau pun tak lepas. Itulah kepercayaan yang ditunjukkan parti kepada saya,” katanya.

Sementara itu, Anwar pada sidang yang sama memaklumkan beliau sendiri mencadangkan Mahathir diberi peluang mentadbir pada perbincangan malam tadi.

“Pendirian kita jelas. Tiada keraguan komitmen kita untuk pastikan Mahathir selaku perdana menteri dapat lakukan tugas dengan sokongan penuh,” katanya.

“Saya kena sabar,” tambahnya.

Mahathir, yang kembali memegang jawatan perdana menteri susulan kemenangan PH pada pilihan raya umum 2018 berulang kali berkata beliau akan menyerahkan tampuk pemerintahan pada Anwar seperti yang dipersetujui oleh komponen PH.

Perkembangan ini di sebalik desakan pelbagai pihak yang mahu Mahathir menetapkan satu tarikh khusus untuk peralihan kuasa itu, membawa Anwar menyeru ahli-ahli gabungan untuk tidak membincangkan perkara itu secara terbuka.

UTAMAPOLITIKTiada tarikh, terpulang pada saya, kata Dr M selepas mesyuarat PH

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium