[Video] Dakwaan BN ‘rompak’ wang GST: Khairy buat laporan polis

Kongsi:

Ahli Parlimen Rembau membuat laporan polis berhubung dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa kerajaan Barisan Nasional ‘merompak’ RM18 bilion wang tuntutan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Khairy tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini kira-kira pukul 2 petang Khamis.

Beliau membuat laporan polis sebelum bertemu pegawai penyiasat.

Bercakap kepada pemberita sebelum meninggalkan bangunan itu kira-kira pukul 3.10 petang, Khairy berkata beliau membuat laporan polis supaya polis akan menyiasat dakwaan tersebut.

“Beliau (Lim) mendakwa bahawa kerajaan sebelumnya telah merompak RM18 bilion dalam pembayaran balik GST.

“Ini menunjukkan bahawa jenayah telah dilakukan dan apabila saya bertanya kepada Menteri Kewangan jika ada tindakan akan diambil, beliau berkata siasatan dalaman akan dijalankan.

“Saya tidak fikir ia mencukupi sebab itulah saya buat laporan polis hari ini.

“Saya akan buat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) esok,” katanya.

Pada Rabu, ketika membentangkan RUU GST (Pemansuhan) 2018 di Dewan Rakyat, Guan Eng mendedahkan sejumlah RM18 bilion pengembalian cukai GST didakwa telah ‘dirompak’ kerajaan BN sebelum ini.

https://youtu.be/c3KwTwASduM

………….
http://pakdin.my/tag/gst

http://pakdin.my/menteri-kewangan-malaysia-bengap-bongok-bengong-bodoh-dan-yang-sewaktu-dengannya/

Kongsi:

Terkini

Sering dibaca

Dari FB Najib Razak

60 Replies to “[Video] Dakwaan BN ‘rompak’ wang GST: Khairy buat laporan polis

  1. Bohong betul pembankang BN buat wayang. Malu betul makan wang GST perniagaan sampai tak pulangkan wang GST. Saya seorang perniagaan bayar GST sampai $258K dalam 3 tahun tetapi baru dapat claim 45% saja. Mana wang pergi GST pergi…ex-kerajaan. Sekarang jangan harap lagi & tidak perlu fikir lagi sebab laporan kata GST wang hilang ??? My GST wang hilang….pernipu BN… lagi nak report police…gila betul…

  2. Bohong betul pembankang BN buat wayang. Malu betul makan wang GST perniagaan sampai tak pulangkan wang GST. Saya seorang perniagaan bayar GST sampai $258K dalam 3 tahun tetapi baru dapat claim 45% saja. Mana wang pergi GST pergi…ex-kerajaan. Sekarang jangan harap lagi & tidak perlu fikir lagi sebab laporan kata GST wang hilang ??? My GST wang hilang….pernipu BN… lagi nak report police…gila betul…

  3. Good!…patut BN saman jer LGE ni dan denda dia kerana menipu dalam Dewan…hakikatnya…1. pembayaran GST dibuat atas nama Ketua Pengarah Kastam…2. Dan dimasukkan ke Kumpulan Wang diSatukan (hasil negara dibawah MOF) atau Dana Amanah GST, itu tugasan pegawai pegawai Kastam dan MOF, dan bukannya BN…3. Justeru, apa yang kita boleh nampak, LGE ni berniat jahat, tuduhan dan dakwaan tanpa bukti..4. Atau itu memang standard prosidur Kerajaan PH? tuduh dulu, bukti lain hari?…heheeee..what fun!

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.