‘Red Bean Army’ Sangat Berbahaya Kepada Negara

 

Red-Bean-ArmyTentera siber iaitu Red Bean Army yang didakwa didalangi oleh DAP sangat berbahaya kepada negara ini.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata gerakan yang cuba menabur fitnah tidak mengira masa itu boleh memberi kesan kepada permuafakatan rakyat yang terbina sejak sekian lama.

Katanya, beliau gembira kerana kerajaan berjanji akan menangani Red Bean Army bagi memastikan maklumat yang disebar di laman sosial adalah benar.

Red Bean Army dikatakan mula aktif sejak tahun 2011 dengan melakukan penipuan menerusi kenyataan dan fakta yang dikeluarkan sehingga boleh mencetuskan perbalahan antara kaum.

Selain itu, ia turut menyemai perasaan benci kepada pemimpin negara.

Leave a Reply