UtamaNASIONALAda apa dengan boikot?

Ada apa dengan boikot? - pakdin.my

“It’s hard to ignore the elephant in the room—this elephant being the unfathomable influence in the corridors of power of the Israeli and Jewish lobbies.”

Itu ungkapan Roger Waters pada tujuh tahun lepas ketika berlangsung kempen boikot zionis yang menjarah tanah Palestin.

Roger Waters, penyusun bunyi “psychedelic” juga tulang belakang Pink Floyd pasti tahu, kapitalis zionis tidak akan tumbang hanya dengan pesan dan semangat. Tapi dia juga tahu, boikot, sebagai sebuah aksi pasif – seperti mogok dan hartal terkandung kesedaran politik, ekonomi dan manusia tertindas.

“Boikot” memang berasal dari Eropah, tepatnya dari Ireland. Konsep ini bermula dari seorang tuan tanah bernama Charles Cunningham Boycott (1832) – pesara askar Bristish yang menetap di Ireland.

Selepas besara, Charles jadi ejen hartanah untuk Lord Erne, pembesar Ireland yang juga ‘lintah darat’ dan memiliki banyak tanah di County Mayo. Kekayaan Lord Erne dikumpul hasil daripada kadar sewa tanah tak masuk akal penyewa. Sebagai pengurus hartanah, Charles ditugaskan kutip sewa. Jika sewa gagal dikutip, cara kekerasan jadi jalan penyelesaian.

Kemuncaknya, pekerja Charles sendiri berhenti melakukan kerja kerana tidak mahu bersekongkol dengan tuan tanah biadab. Kempen memulaukan Charles dijalankan dan para peniaga tidak menjalankan urusan jual beli dengan Charles.

Tidak tahan dengan tindakan pasif komuniti, Charles mengadu nasibnya di akhbar The Times dan mendapat simpati dari tentera. Tapi, boikot yang dikenakan lebih terkesan. Charles kemudian bersama keluarganya melarikan diri dari Ireland.

Kisah ini jadi legenda hingga 20 tahun kemudian kata “boycott” dimasukkan dalam kamus sebagai rujukan pada tindakan meminggirkan sesuatu.

Walau tindakan boikot bermula dari sana, wilayah Timur juga ada sejarah boikot sebagai aksi perlawanan. “Satyagraha” atau keingkaran awam jadi cara Gandi menuntut kemerdekaan India dari British.

Hal yang sama juga terjadi di Tanah Melayu. Dalam dokumentari 10 Tahun Sebelum Merdeka arahan Fahmi Redza ceritakan tentang hartal – mogok anak bangsa melawan Malayan Union.

Tapi, itu semua cerita dulu. Sekarang 2019 Malaysia dihadapkan lagi dengan gerakan boikot – Bumiputera vs non-bumi/ muslim vs non-muslim. Ada yang kata ini sentimen kaum. Ada yang kata ini pertarungan ekonomi. Ada pula yang lihat ini garis ideologi politik. Pastinya, semua saling terkait.

Tapi, silap besar jika beberapa sarjana atau pemimpin mengatakan boikot membawa pada isu perkauman di Malaysia – ini logik terbalik.

Sebaliknya, boikot adalah kesan dari isu dan hubungan kaum yang tidak terselesaikan – dari ekonomi kepada politik, dari politik kepada nilai yang boleh mengolah persetujuan.

Bagi kes boikot Malaysia 2019, agama dan etnik jadi nilai mengolah persetujuan.

Boikot tidak datang tiba-tiba, tindakan ini bersebab. Kalau toleh balik sejarah, tindakan hartal, satyagraha dan penentangan terhadap keluarga Boycott kerana satu sebab – adanya kelompok yang tertindas dalam ekosistem ekonomi-politik kapitalis.

Oleh: Samsudin Semang
Pemuda kampung dari Kota Tinggi.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...

[VIDEO] Tiga lelaki ditemukan lemas di perairan Pulau Redang

KUALA TERENGGANU: Tiga daripada lima lelaki yang dilaporkan hilang selepas bot nelayan dinaiki mereka karam di perairan Pulau Redang Isnin lepas, ditemukan lemas hari...

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...