Muhaimin jual ayam golek sepanjang Ramadan

Penjaga gol FELDA United FC, Muhaimin Mohamad tidak ketinggalan menjalankan perniagaan makanan mi kari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila membantu ibunya, Mahani Abd Manaf di Anak Bukit, Kedah.

Bukan sahaja mahu mencari pendapatan sampingan tetapi Muhaimin turut berhasrat mempelajari selok belok perniagaan bagi mengisi masa yang terluang sepanjang Liga Malaysia ditangguhkan ekoran penularan wabak Covid-19.

Justeru, dia tidak segan silu membantu ibu melakukan servis penghantaran makanan kepada pelanggan-pelanggannya malah turut mendapat sokongan ramai warga bola sepak termasuk bekas-bekas pemain.

Antara yang menjadi pelanggan setia Muhaimin adalah pemenang FIFA Puskas 2016, Faiz Subri, bekas penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Al Hafiz Hamzah dan bekas pemain Kedah, Fauzi Shaari.

“Perniagaan ini sudah lama ibu saya jalankan cuma mungkin kali ini saya baharu berkesempatan untuk membantu tambahan sepanjang tempoh PKP, tiada sebarang aktiviti dapat saya buat.

” Niat saya memang mahu belajar untuk berniaga dan banyak pengalaman yang saya dapat raih sepanjang membantu ibu yang melakukan perniagaan ini bersama.

” Permintaan daripada pelanggan cukup tinggi sepanjang PKP ini terutama mee kari selain roti jala, kuih talam dan kuih seri muka.

Antara yang menjadi pelanggan setia Muhaimin adalah pemenang FIFA Puskas 2016, Faiz Subri (kiri).

“Kekuatan mee kari kami adalah adanya tambahan istimewa iaitu sambal kerang yang menjadi faktor penarik kepada pelanggan selain udang,” katanya yang juga merupakan anak kepada penolong jurulatih Kuala Lumpur, Mohamad Ramlee dan bekas pemain Kedah pada era 80-an dan 90-an.

Sebelum ini, Muhaimin yang merupakan produk bola sepak Kedah pernah beraksi selaku penjaga gol utama PJ City selama dua musim sebelum berhijrah ke FELDA United.

Bagi mendapatkan pengalaman lebih banyak, Muhaimin sudah melakukan persediaan mahu menjalankan perniagaan ayam golek bermula pada hari kedua bulan Ramadan ini.

Dia mendapat idea itu selepas berbincang dengan kawan dan berharap bakal mendapat sambutan daripada pelanggan.

“Kedai ayam golek ini saya namakan ‘Papapchaw Ayam Golek’ dan akan diusahakan saya sepenuhnya.

“Harap percubaan pertama saya ini akan membuahkan hasil serta mampu menjana keuntungan selepas banyak belajar daripada ibu selama ini,” katanya.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:
Artikel sebelum iniStok rokok habis
Artikel seterusnyaArab Saudi akan hapuskan hukuman sebat

TERKINI

BN Ampang tolak kerjasama dengan Zuraida, PBM

Naib Ketua Umno Ampang memaklumkan hanya calon dari BN sahaja akan disokong di Ampang bagi menghadapi PRU15. Bantahan itu dibuat menerusi kain rentang...

[Video] Pemandu cedera, lori simen dipandu langgar 2 rumah

TANJUNG MALIM: Dua rumah rosak selepas sebuah lori muatan simen dipercayai mengalami kerosakan brek terbabas melanggar rumah terbabit di Taman Bernam, dekat sini, pagi...

Pulau Batu Putih: Tun M tahu penemuan 3 bukti baharu- Apandi

BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membiarkan Pulau Batu Putih terlepas begitu saja. Sedangkan...

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...