Statistik Corona

Malaysia
2,067,327
Confirmed
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am
Malaysia
1,823,245
Recovered
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am
Malaysia
221,339
Active
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am
Malaysia
22,743
Deaths
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am

Malaysia

Malaysia
2,067,327
Confirmed
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am
Malaysia
1,823,245
Recovered
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am
Malaysia
22,743
Deaths
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am

Indonesia

Indonesia
4,185,144
Confirmed
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am
Indonesia
3,976,064
Recovered
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am
Indonesia
140,138
Deaths
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am

Thailand

Thailand
1,462,901
Confirmed
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am
Thailand
1,317,527
Recovered
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am
Thailand
15,246
Deaths
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am

Global

All countries
228,421,913
Confirmed
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am
All countries
203,280,138
Recovered
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am
All countries
4,692,937
Deaths
Updated on September 18, 2021 06:54 6:54 am

13 Komando Disiasat Berhubung Keterangan Hilang Di Laut – Macam-macam

13-komando-hilang-disiasat

MELAKA: Pada Disember lalu, negara gempar dengan berita kehilangan 13 anggota komando ketika sedang menjalani latihan di laut. Mereka kemudiannya ditemui hidup selepas tiga hari hilang.

Ekoran kejadian itu Kerajaan Negeri Melaka mahu menganugerahkan pingat keberanian tertinggi di negeri ini kepada mereka, dan mereka bakal menerima anugerah itu tidak lama lagi.

Tetapi kemudian timbul berita bahawa pegawai atasan mereka tidak mempercayai kisah 11 pelatih dan dua tenaga pengajar itu.

Dan pada ketika pihak tentera memulakan siasatan mengenai apa yang sebenarnya berlaku, seorang wakil kumpulan itu membuat laporan polis dengan mendakwa bahawa mereka telah diseksa bagi menarik balik keterangan mereka berhubung kejadian yang berlaku di laut bulan lalu itu.

Seorang pegawai Kementerian Pertahanan mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan berhubung kejadian 13 anggota komando yang hilang selama 29 jam di perairan Pulau Upeh pada 7 Disember lalu.

Beliau enggan mengulas lanjut tetapi satu sumber berkata, cara bot kumpulan itu “sesat” dari laluan biasa telah membangkitkan syak wasangka terhadap mereka.

Difahamkan pihak tentera sedang menyiasat mengenai dakwaan pelatih dan pengajar dari kumpulan komando yang hilang itu sebenarnya menghadiri kenduri pada malam yang sama tetapi mereka mengatakan mereka hilang dan hampir lemas di laut.

Ini dipercayai merupakan kali pertama bot pasukan komando dilaporkan hilang semasa latihan malam yang dikendalikan oleh Kem Komando Sungai Udang sejak beberapa dekad yang lalu.

Difahamkan juga bahawa siasatan tentera perlu melihat keterangan yang bercanggah daripada apa yang berlaku pada misi latihan.

Pelatih yang membuat laporan polis di Alor Gajah pada Ahad lepas memberikan keterangan versi mereka mengenai apa yang berlaku apabila lima bot yang digunakan dalam latihan tersebut dilanda ribut.

Selepas kejadian ribut itu, salah sebuah daripada lima bot itu telah didapati hilang.

Bot yang hilang itu dinaiki oleh 11 pelatih komando bersama dua tenaga pengajar.

Menurut seorang pelatih berusia 21 tahun dari Kuala Lumpur, ribut melanda bot mereka pada pukul 7.30 malam menyebabkan ia hanyut sehingga hampir mencapai sempadan maritim antarabangsa.

Beliau berkata, mereka melihat puluhan kapal komersial melintas di perairan itu pada petang 8 Disember dan cuba untuk menarik perhatian mereka tetapi gagal.

Kemudian menjelang pukul 6.30 petang, salah seorang pengajar berjaya membaiki enjin bot yang rosak dan mereka menuju ke pantai, tetapi mereka kehabisan minyak dan terpaksa mendayung sepanjang perjalanan, kata pelatih itu.

Beliau berkata, mereka tiba di Pantai Putri pada pukul 12.30 tengah malam pada 9 Disember dan sebaik sahaja mendarat sebahagian daripada mereka bergegas ke gerai makan kerana terlalu lapar.

Pengunjung di gerai berkenaan mengetahui bahawa mereka merupakan tentera yang dilaporkan hilang sebagaimana hang dilaporkan dalam media dan kemudian memberitahu pihak polis.

Tetapi kesemua 13 mereka bergegas kembali ke Kem Terendak sebelum mereka dimasukkan ke wad selama tiga hari kerana mengalami lelasan dan dehidrasi.

Dalam laporannya, pelatih itu mendakwa bahawa pegawai atasan mereka enggan untuk mempercayai cerita mereka, dan memaksa mereka pergi ke laut dan dihukum berdiri sehingga air pada paras leher bagi memaksa mereka menceritakan kisah sebenar.

Beliau mendakwa mereka kemudiannya dibawa ke sebuah kem tentera di Kuala Lumpur dan disoal siasat.

Menurutnya lagi malah salah seorang pelatih mempunyai jari dikepit di antara dua keping kayu untuk memaksa membuat pengakuan palsu.

Sementara itu, seorang pegawai Kementerian Pertahanan berkata, bahawa surat siasatan tentera telah dihantar kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berhubung kejadian itu.

Idris, yang mengumumkan hasrat untuk menyampaikan anugerah pingat keberanian negeri iaitu Bintang Gagah Perkasa kepada kesemua mereka bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen berhubung versi terbaru insiden berkenaaan.

Kesemua 13 Komando Hilang Di Laut Ditemui Selamat

13 Anggota Komando Hilang di Selat MelakaMELAKA: Kesemua 13 anggota komondo yang hilang hampir 28 jam selepas bot mereka dipukul ribut di perairan Selat Melaka, ditemui dalam keadaan selamat di Pantai Puteri di sini. Menurut kenyataan yang dikeluarkan bilik operasi Bomba dan Penyelamat negeri itu, 11 anggota dari Pusat Latihan Pasukan Khusus (Pulpak) di kem Sungai Udang dan dua lagi pelatih, […]

Berkaitan