UtamaNASIONALTiga lagi MPV mewah...

Tiga lagi MPV mewah bernilai RM750,000 disita SPRM - pakdin.my

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga lagi kenderaan mewah milik ejen dan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) disyaki habuan sindiket yang menguruskan cop sempadan palsu.

Sumber memaklumkan, tiga kenderaan mewah yang dirampas terdiri daripada dua kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dan sebuah MPV Toyota Alphard, dianggarkan bernilai lebih RM750,000.

“Rampasan terbaharu itu susulan tangkapan SPRM membabitkan seorang pegawai kanan Imigresen berpangkat timbalan pengarah dan dua anggota imigresen, kelmarin.

“Bagaimanapun, tiada wang tunai yang dirampas dalam penahanan terbaharu ini dan siasatan masih dijalankan,” kata sumber.

Menurut sumber lagi, tiga kenderaan mewah yang disita adalah milik dua anggota Imigresen yang ditahan itu serta ejen.

“Kehidupan dua anggota Imigresen bergred KP19 dan KP22 terbabit lebih mewah daripada orang atasan, gaya hidup mereka seperti pegawai bergred KP52.

“Anggota terbabit juga dikesan tinggal di rumah semi-D dan menjalani kehidupan mewah dipercayai hasil wang rasuah sindiket terbabit,” kata sumber lagi.

Sumber berkata, siasatan SPRM mendapati timbalan pengarah bergred KP48 itu dipercayai menjadi pelindung kepada sindiket terbabit, namun setakat ini SPRM belum menyita aset miliknya.

Pegawai kanan itu bertugas di Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya, manakala dua anggota gred KP19 dan KP22 bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

Ketiga-tiga mereka berusia antara 38 hingga 54 tahun ditahan lewat petang kelmarin di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya selepas dipanggil memberikan keterangan.

Sumber berkata, akaun bank mereka juga akan dibekukan, selain siasatan lanjut dilakukan bagi mengesan aset lain yang diterima hasil wang rasuah.

[ads_color_box color_background=”#eee” color_text=”#ff0000″]Sehingga kini, seramai 53 orang sudah ditahan berkaitan sindiket rasuah dalam urusan cop imigresen di pintu masuk antarabangsa negara menerusi Ops Selat oleh SPRM yang bermula sejak 16 November lalu.[/ads_color_box]

Ini termasuk 33 orang pegawai imigresen yang bertugas di KLIA, klia2 dan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Bangunan Sultan Iskandar, Johor.

Lebih RM800,000 wang tunai, 26 kereta mewah dan empat motosikal berkuasa tinggi dirampas dalam operasi berkenaan.

Sindiket itu dipercayai membabitkan rangkaian aktiviti jenayah penyeludupan antarabangsa khusus dari China, Vietnam, Indonesia dan Bangladesh.

Berkaitan

Baca Juga

Letupan bom di tepi jalan membunuh pegawai polis dan mencederakan empat lagi di selatan Thailand

Satu letupan bom di tepi jalan membunuh seorang pegawai polis dan mencederakan empat lagi pegawai di wilayah Pattani di selatan Thailand semalam. Beberapa anggota pegawai...

Pelajar perempuan dirogol di asrama sekolah di hadapan rakan-rakan

Seorang gadis berusia 17 tahun telah dirogol di hadapan rakan-rakannya oleh seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun ketika dia berada di asrama kuarantin Covid-19...

Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin tidak perlu beria-ia sangat mengumumkan Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan Nasional (PN). Pengumuman itu sekadar...

[VIDEO] MBJB naik taraf pam air dalam usaha tangani banjir kilat

JOHOR BAHRU -- Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menaik taraf pam air dari empat unit kepada enam unit di Rumah Pam Sungai Chat,...

[VIDEO] Polis kesan peragut rantai emas

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan peragut di dalam sebuah video insiden ragut rantai emas yang sedang dipakai mangsa ketika duduk di atas motosikal...

[VIDEO] Jambatan Kampung Parit Baru runtuh

BATU PAHAT: Akibat dirempuh rumput tebal ketika air sungai deras, jambatan utama di Kampung Parit Baru, Parit Raja di sini runtuh semalam 24 September...

65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA

65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA NEW YORK: Enam puluh lima tahun lalu, seorang pemimpin bernama Ismail mencipta sejarah...

[VIDEO] Zahid bebas: Sampul apa boleh muatkan wang S$600,000 dan tiga saksi tak boleh dipercayai – Hakim

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara...

[VIDEO] Pemandu lori maut, tujuh anggota polis cedera kemalangan di PLUS berhampiran R&R Pedas-Linggi

REMBAU: Seorang pemandu lori maut manakala tujuh anggota polis cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 225, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) berhampiran Hentian...

[VIDEO] Peguam Anwar, Zulkifli Noodin suruh Azilah reka-cipta Akuan Bersumpah palsu sabitkan Najib, Rosmah bunuh Altantuya

Datuk Zulkifli Noordin bekas peguam Anwar berkata beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu bersubahat mengikut...

[VIDEO] Remaja hilang dari rumah ditemui lemas

MIRI – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya sejak petang semalam ditemui lemas di Pantai Coco Cabana di sini petang tadi 19...

[VIDEO] Gunung berapi lumpur di Tabin, Lahad Datu ‘meletus’

KOTA KINABALU: Sebuah gunung berapi lumpur di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu memuntahkan lumpur dalam jumlah yang banyak selepas dipercayai 'meletus' pagi tadi. Fenomena...