Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

Maybank: 158088200693
PayPal: [email protected]

Generasi pertama, kongsi peristiwa bersejarah Jambatan Merdeka - pakdin.my

Generasi pertama, kongsi peristiwa bersejarah Jambatan Merdeka - pakdin.my

KEPALA BATAS  — “Saya masih ingat ketika itu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menyeru penduduk Kampung Guar Kepah dan penduduk kampung terdekat semasa pembukaan Jambatan Merdeka agar tidak perlu lagi bimbang dengan penjajah kerana kita telah mencapai kemerdekaan,” luah Salleh Din, 90, generasi pertama yang menyaksikan pembukaan Jambatan Merdeka, pada  tahun 1957  di sini.

Ucapan penuh bersemangat Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman ketika itu memberi makna cukup besar khususnya penduduk kampung yang pernah merasai kekejaman penjajah terutamanya semasa zaman pendudukan Jepun pada tahun 1941.

Tambahan pula, jambatan yang terletak di Sungai Muda itu adalah bukti pelbagai peristiwa ‘hitam’ ketika negara di bawah penjajahan Jepun dan British sehinggalah negara bebas dan mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

“Apabila Tunku Abdul Rahman berjaya mendapat kemerdekaan daripada orang putih (British) pada 1957, selepas itu beliau datang ke sini dan suruh rakyat berhimpun dekat titi yang sudah siap (dibina dengan konkrit).

“Beliau memberitahu, semua askar Jepun ka, komunis ka, sudah keluar dan tak duduk di hutan dah… kita sudah merdeka. Lepas itu, Tunku Abdul Rahman angkat tangan, sebut merdeka, merdeka,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di kediamannya di sini, baru-baru ini.

Berkongsi lebih lanjut mengenai Jambatan Merdeka, Salleh yang lebih mesra dengan panggilan Pak Andak Leh berkata sebelum dibina jambatan konkrit, ia hanyalah sebuah titi bersimen yang dibina oleh British sekitar tahun 1938 tetapi telah diletupkan sendiri tentera British pada tahun 1941 bagi menghalang kemaraan tentera Jepun ke Seberang Perai selepas berjaya memasuki Kedah.

Menurut bapa kepada tujuh anak ini, sebelum British meletupkan titi tersebut,  mereka mengarahkan penduduk kampung  berpindah tujuh kilometer dari kawasan jambatan bagi menjaga keselamatan penduduk.

BACA juga  Rumah Abdullah Hukum 100 tahun berdiri megah

“Tentera British juga meminta penduduk kampung membina kubu pertahanan atau ban dengan menggunakan batang pokok kelapa bagi menangkis serangan Jepun.

“Selain itu, terdapat juga kubu pertahanan British yang dibina (kira-kira 20 meter) dari pinggir Sungai Muda yang sampai sekarang (keadaan kubu) elok lagi,” katanya yang turut menyaksikan sendiri peristiwa pengeboman jambatan tersebut sehingga menjadi kegemparan dahsyat buat penduduk kampung.

Salleh yang menghidap strok sejak setahun lalu dan tinggal bersama isterinya, Eshah Yaacob, 64, turut berharap peristiwa perit zaman penjajah tidak berulang dan rakyat perlu mengambil pengajaran dengan menjaga kebebasan dan keamanan negara.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang Sejarah Malaysia dan Indonesia, Dr Mohamad Muzammil Mohamad Noor berkata asal usul Jambatan Merdeka ketika itu hanyalah sebuah titi bersimen tidak bernama yang digunakan penduduk setempat bagi menyeberangi Sungai Muda sama ada menuju ke pekan sekitar Kepala Batas, Pulau Pinang mahupun pekan berhampiran Sungai Petani, Kedah.

“Setelah jambatan tersebut melalui pelbagai evolusi, Tunku Abdul Rahman menamakan jambatan itu sebagai Jambatan Merdeka sempena peristiwa genting yang dilalui penduduk di situ ketika pendudukan British dan Jepun selain untuk mengingati jasa penduduk sekitar yang terlibat dalam pembinaan jambatan tersebut,” katanya.

Hubung kait kewujudan Jambatan Merdeka dengan penduduk sekitar adalah dari segi pembangunan sosioekonomi yang cukup pesat ketika itu berikutan terdapatnya aktiviti perniagaan tradisional berdekatan Sungai Muda di samping terdapat ladang lada hitam bersebelahan Seberang Perai.

Berdekatan jambatan tersebut  jelasnya,  terdapat sebuah kampung dikenali sebagai Kampung Dusun Lada yang kini dikenali sebagai Kampung Jambatan Merdeka di mana terdapat ladang lada hitam yang diusahakan pihak British untuk membawa hasil tanaman tersebut ke Eropah.

BACA juga  Di sebalik kemerdekaan: Orang kampung pernah diculik, polis dibunuh - Veteran polis

“Selain itu, aktiviti ekonomi penduduk di situ juga melibatkan perniagaan tradisional seperti pasar pagi, pasar petang serta aktiviti perahu tambang dalam usaha mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup ketika itu memandangkan kebanyakan penempatan penduduk di sekitar jambatan adalah berhampiran dengan Sungai Muda,” katanya.

Mohamad Muzammil berkata Jambatan Merdeka perlu dijadikan ikon sejarah agar generasi akan datang dapat mempelajari serta menghayati keunikan sejarah jambatan itu secara lebih mendalam.

Selain itu, khazanah yang tidak ternilai ini juga perlu didokumentasikan supaya terus malar termasuk mengiktiraf Kampung Jambatan Merdeka atau kampung berhampirannya sebagai kampung warisan agar nilai sejarahnya terpelihara sampai bila-bila, katanya.

Berkaitan

Berkaitan

MESTI BACA

[VIDEO] Teman lelaki bunuh, bakar kekasih hamil

Suspek didakwa telah memukul, menikam dan menoreh perut mangsa sebelum membakar mayat kekasihnya pada malam kejadian dan kembali ke tempat kejadian keesokan hari membawa tong berisi petrol untuk membakar mayat itu sekali lagi. BACA seterusnya di https://pakdin.my/165235

Pembunuh Canny Ong Telah Jalani Hukuman Digantung

Bekas pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris dihukum gantung sampai mati pada Jumaat berikutan sabitan bersalah oleh Mahkamah Tinggi kerana merogol dan membunuh...

[VIDEO] Ibu mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap anak lelaki

Tertuduh yang berusia 33 tahun didakwa sebagai seorang wanita yang mempunyai hubungan amanah iaitu ibu kandung telah melakukan perbuatan tersebut ke atas dua anaknya di kediaman mereka di sebuah pangsapuri di Puncak Alam pada 8 malam. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/164496

Hujan membasahi Kaabah selepas subuh

Jemaah Malaysia yang menetap di Hotel Abraj Al-Janadriyah turut teruja dengan hujan tersebut apabila masing-masing mengambil video dan gambar dari lobi hotel serta tingkap bilik masing-masing. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165348

Jadual Perjalanan Dan Tambang KTM Komuter Sektor Utara – Padang Rengas – Bukit Mertajam – Padang Besar

KTMB Perkenal Laluan Padang Rengas – Bukit Mertajam PADANG RENGAS – Perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini memperkenalkan laluan baharu antara stesen...

Benarkah lelaki sukakan wanita berbadan ‘chubby’ ???

Siapa kata wanita berisi lebih sukar untuk mendapat teman lelaki untuk dijadikan pasangan hidup. Sebenarnya ramai wanita yang cantik dan kurus masih single berbanding dengan wanita yang berisi. Kenapa lelaki sukakan wanita yang berisi?

Cina DAP demonstrasi bantah Guru Melayu bertugas di SMJK(C) Pulau Sebang, Melaka

Dia juga mendakwa, SMJK Pulau Sebang merupakan sekolah Cina TETAPI TELAH DIJAJAH oleh Melayu memandangkan 60% daripada guru-guru di sekolah tersebut adalah guru-guru Melayu.a

[VIDEO] Reman lelaki bunuh, bakar teman wanita hamil disambung lima hari

suspek berusia 20 tahun yang merupakan bekas penuntut kolej, telah membawa mangsa menaiki kereta seterusnya bertengkar dengan wanita tersebut sebelum dipukul di kepala BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165326

TERKINI

[VIDEO] Ahmad Zahid minta MCMC pantau hantaran naratif kaum, agama melampau

Dalam soal pembangunan sebuah negara, budaya menghormati agama dan bangsa perlu diterapkan oleh semua pihak meskipun berbeza fahaman politik.- Ahmad Zahid BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165438

Hujan membasahi Kaabah selepas subuh

Jemaah Malaysia yang menetap di Hotel Abraj Al-Janadriyah turut teruja dengan hujan tersebut apabila masing-masing mengambil video dan gambar dari lobi hotel serta tingkap bilik masing-masing. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165348

Wanita maut dipercayai ditikam bekas tunang

Mangsa wanita berusia 22 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai ditemui terlentang di lantai dengan beberapa kesan tikaman BACA setrusnya di https://pakdin.my/165338

[VIDEO] Reman lelaki bunuh, bakar teman wanita hamil disambung lima hari

suspek berusia 20 tahun yang merupakan bekas penuntut kolej, telah membawa mangsa menaiki kereta seterusnya bertengkar dengan wanita tersebut sebelum dipukul di kepala BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165326

Pengurusan matawang ringgit

Dalam kata-kata pelabur dan penganalisa dulu, Malaysia destinasi pilihan pelaburan di rantau Asia. Malaysia was the preferred investment destination in Asia. Itu dulu lah. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/165311

Bekas MB Negeri Sembilan Mohd Isa kembali sertai UMNO

"Terima kasih terima saya jadi ahli UMNO, saya tidak pernah menentang parti. BACA setrusnya di https://pakdin.my/165303

[VIDEO] Perolehan daripada LIMA ‘23 pastikan keupayaan pertahanan pada tahap optimum – Mohamad Hasan

“Sepanjang lima hari acara berlangsung, rakan pertahanan saya bertukar pandangan tentang banyak perkara. Antaranya bagaimana kita boleh terus mengukuhkan kerjasama serantau BACA setrusnya di https://pakdin.my/165294

Shereen raih emas acara 400M pada kejohanan NCAA, Colorado

Beliau yang menggalas cabaran negara pada Sukan SEA Kemboja baru-baru ini juga nyata berada dalam kelas tersendiri apabila menepati ramalan memenangi pingat emas acara 400m selepas merekodkan 52.53s. BACA setrusnya di https://pakdin.my/165285