Letupan Gas: Kakitangan cedera, bangunan hotel The Canal Ratchaburi ranap - pakdin.my

RATCHABURI: Letupan gas memasak mencederakan empat orang dan menyebabkan kerosakan besar di sebuah hotel di daerah Muang.

Letupan berlaku di hotel The Canal Ratchaburi, yang mempunyai 31 bilik, di tambon Huai Phai kira-kira 9.30 pagi.

BACA juga: Letupan Di Hat Yai: Seorang Rakyat Malaysia Masih Hilang – Anifah

Letupan itu meranapkan bahagian hadapan bangunan dua tingkat di kawasan hadapan hotel.

Pegawai berkata, tiga wanita dan seorang lelaki dikejarkan ke Hospital Ratchaburi kerana melecur teruk dan cedera akibat serpihan

Mereka berkata bangunan itu digunakan sebagai tempat acara majlis. Di percayai pekerja terlupa menutup injap silinder gas memasak 45 kilogram, yang kemudiannya meletup.

BACA juga:

UTAMADUNIALetupan Gas: Kakitangan cedera, bangunan hotel The Canal Ratchaburi ranap

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium