[VIDEO] Seorang maut, seorang cedera dihempap pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail - pakdin.my

"Berdasarkan beberapa gambar dan video tersebar di laman sosial, lokasi kejadian adalah berhampiran sebuah hotel dan sebuah kompleks beli-belah di sana.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 47 tahun maut manakala seorang lagi lelaki berusia 26 tahun cedera dalam insiden pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail pada kira-kira jam 2 petang Selasa 7 Mei 2024.

Penolong Pengarah Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur M Fatta M Amin berkata, dua mangsa tersebut tersepit dalam kenderaan masing-masing dan berjaya dikeluarkan anggota bomba.

“Salah seorang mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) manakala seorang lagi yang cedera terus menerima rawatan di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau memaklumkan insiden itu menyebabkan 17 buah kenderaan rosak dan landasan monorel berhampiran turut terhalang oleh dahan daripada pokok tumbang tersebut.

Kejadian itu juga menyebabkan kerosakan fasiliti awam di kawasan itu termasuk perhentian bas di tepi laluan berkenaan.

“Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur terima panggilan kecemasan pada jam 14.19 petang, seterusnya menghantar jentera ketempat kejadian.

“Keluaran pasukan operasi daripada BBP Jalan Hang Tuah bersama tiga balai bantuan, BBP Titiwangsa, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Sentul bersama jentera FRT-4 dan EMRS-4, dengan kekuatan 27 orang anggota lain-lain pangkat,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Sebelum inni dilaporkan sebatang pokok besar di Jalan Sultan Ismail tumbang pada petang Selasa susulan hujan lebat dan angin kencang di kawasan berkenaan.

Berdasarkan beberapa gambar dan video tersebar di laman sosial, lokasi kejadian adalah berhampiran sebuah hotel dan sebuah kompleks beli-belah di sana.

Video dan gambar tersebut menunjukkan beberapa kereta remuk teruk akibat dihempap pokok besar itu.

Janngan lupa subscribe

BACA juga:

UTAMABERITAALAM SEKITAR Seorang maut, seorang cedera dihempap pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium