30 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 11, 2021

2 minggu lagi PR berpecah – Lim Kit Siang

pakatan baru
Penasihat DAP, Lim Kit Siang membayangkan tiga parti komponen dalam pakatan pembangkang iaitu DAP, PKR dan PAS, tidak akan wujud lagi dalam tempoh dua minggu.

Ia sekaligus menggambarkan PR kini di ambang perpecahan.

“Ini merupakan perkembangan politik paling tidak munasabah,” katanya dalam laman blognya pada Ahad.

Menurut Ahli Parlimen Gelang Patah itu, sebuah kerajaan perpaduan antara PAS dan UMNO mungkin akan menjadi kenyataan selepas cuba dihalang bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

“Bekas pemimpin PAS menegaskan kerajaan perpaduan mendapat restu daripada Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang tetapi dihalang Nik Aziz,” katanya.

Katanya, beliau terkejut apabila mengetahui dakwaan terbaharu Hadi bahawa cadangan tersebut mendapat kelulusan Nik Aziz dan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta dimaklumkan kepada DAP.

Kit Siang merujuk kepada ucapan Hadi pada Selasa lalu di mana beliau mendakwa Nik Aziz dan Anwar menyokong idea pembentukan kerajaan perpaduan dengan UMNO.

“DAP tidak pernah memaklumkan kepada Hadi mengenai idea itu. Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli turut menafikan Anwar bersetuju dengan konsep tersebut.

“Nik Aziz mungkin tidak bersetuju atau beliau tidak akan menegur Nasharuddin pada Jun 2009 dan memberitahunya supaya berundur sebagai Timbalan Presiden PAS dan Ahli Parlimen Bachok serta menyertai UMNO sekiranya beliau ingin tetap meneruskan konsep perpaduan,” katanya.

Tambah Kit Siang satu cara untuk menyelamatkan PR daripada berpecah adalah dengan mengamalkan hala tuju lapan tahun PR.

Beliau berkata tiga parti komponen perlu komited untuk menegakkan dua prinsip asas iaitu kepatuhan pada dasar bersama dan prinsip operasi kesepakatan mengenai Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sebagai badan pembuat dasar tertinggi dalam PR.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.