Hudud: Kit Siang ‘Terajang’ Nik Aziz – @NikAbdulAziz

Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat beberapa hari lalu dalam satu kenyataan retoriknya menegaskan bahawa perlaksanaan hukum hudud di Malaysia tidak boleh dilengah-lengahkan lagi.

Nadanya tidak jauh berbeza dengan janji Presiden PAS, Hadi Awang di penghujung 1990-an yang mahu melaksanakan hukum hudud di Terengganu sebaik sahaja belum sempat ayam jantan habis berkokok.

Sejak itu hingga saat ini, sudah beratus ribu ekor ayam jantan telah serak anak tengkuknya berkokok saban pagi subuh namun hingga kini realiti perlaksanaan hukum hudud tidak pernah kelihatan.

Janji ditaburi dan kerap dimungkiri, itu perwatakan yang telah lama sebati dengan mana-mana sahaja pemimpin PAS.

Pun begitu, percayalah makin nak dekat musim pilihanraya, Nik Aziz dan pemimpin PAS yang lain tetap akan memainkan jua isu hudud sekurang-kurangnya untuk mengurangkan impak kejatuhan pengaruhnya dikalangan umat Islam.

Walau dikalangan sebahagian besar umat Islam amat faham kenyataan Nik Aziz itu hanyalah satu siaran ulangan yang berbentuk retorik dan propaganda kosong sahaja yang tarafnya sama seperti janji yang taburi oleh Hadi Awang, namun ia tetap mengundang ‘serangan balas’ dari sekutu kesayangan PAS iaitu DAP.

Dalam reaksi segeranya terhadap kenyataan Nik Aziz itu, Karpal Singh selaku Pengerusi DAP Pusat telah memberi amaran bahawa isu perlaksanaan hudud yang dicanang semula oleh PAS itu bakal menjahanamkan pakatan pembangkang yang dianggotai oleh DAP, PKR dan PAS.

Rentetan dari amaran tersebut, seperti biasa Nik Aziz berubah monyok bangang tak keruan, mulalah dia bersilat lidah memusing cerita dengan menyalahkan pula UMNO – satu tabiat biasa yang diamalkannya tiap kali tersepit dan terhimpit.

Melihat Nik Aziz merapu-rapu dan monyok macam tikus kesejukan ditimpa hujan, tidak semena-mena Penasihat DAP Pusat, Lim Kit Siang pula membuka mulut mengulas polemik hudud. Katanya, sekalipun PR berjaya menguasai pemerintahan pusat, hudud tetap tidak akan dilaksanakan.

Menurut Lim lagi, tiada ruang untuk perlaksanaan hudud yang dicanang oleh PAS kecuali jika persetujuan secara sebulat suara dicapai. Dengan kata lain, angan-angan PAS berkenaan hudud memerlukan kebenaran rasmi dari DAP dan PKR.

Sama ada Lim mahupun Karpal, walaupun mereka tahu retorik Nik Aziz dalam mencanang kembali isu hudud hanyalah untuk menarik semula perhatian pengundi Islam tambahan pula sejak akhir-akhir ini menunjukkan pengaruh PAS sudah semakin merosot.

Tapi kesempatan ini sebenarnya dilihat peluang terbaik untuk DAP menunjukkan taringnya sebagai abang besar kepada PAS supaya imejnya dikalangan pengundi non muslim terus meningkat naik.

Reaksi Lim kali ini saling tak ubah seperti ‘penerajang’ singgah ke muka Nik Aziz. Memedihkan tapi cukup untuk menjadi pengajaran pada PAS supaya menyedari statusnya dalam PR bukan sahaja lebih rendah dari DAP malah sudah setaraf seperti keldai tunggangan sahaja layaknya.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

[Video] Meteorologi sahkan fenomena awan bergaris di Kota Kinabalu ialah ‘garis badai’

KOTA KINABALU: Fenomena awan bergaris panjang di Kota Kinabalu awal pagi tadi sehingga beberapa gambar mengenainya tular di media sosial disahkan sebagai ‘garis badai’. Menurut...

BN Ampang tolak kerjasama dengan Zuraida, PBM

Naib Ketua Umno Ampang memaklumkan hanya calon dari BN sahaja akan disokong di Ampang bagi menghadapi PRU15. Bantahan itu dibuat menerusi kain rentang...

[Video] Pemandu cedera, lori simen dipandu langgar 2 rumah

TANJUNG MALIM: Dua rumah rosak selepas sebuah lori muatan simen dipercayai mengalami kerosakan brek terbabas melanggar rumah terbabit di Taman Bernam, dekat sini, pagi...

Pulau Batu Putih: Tun M tahu penemuan 3 bukti baharu- Apandi

BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membiarkan Pulau Batu Putih terlepas begitu saja. Sedangkan...

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...