Puntung Rokok Punca Kepulan Asap Di Bangunan Tempatkan 1,329 Jemaah Haji Malaysia

Petugas Tabung Haji, Baharuddin (berdiri dua kanan) dan Zulkifli (berdiri kanan) sedang mengagihkan makanan dan minuman kepada jemaah haji yang ditempatkan dipenempatan sementara, di Hotel Abraj Al-Janadiriyyah setelah bangunan hotel penginapan mereka di Qasr Al-Janadiriyyah dilaporkan mengeluarkan kepulan asap di lobi hotel penginapan tersebut. Walau bagaimanapun tiada kebakaran yang dikesan di bangunan berkenaan, kata Bomba Arab Saudi.

Bangunan Qasr Al-Janadiriyyah di Makkah, yang menempatkan 1,329 orang jemaah haji Malaysia dikosongkan sementara setelah berlaku kepulan asap di maktab itu, Rabu.

Menurut kenyataan Tabung Haji di sini, petugas Tabung Haji mengesan kepulan asap di tingkat bawah bangunan itu pada pukul 8.15 pagi (waktu Arab Saudi) sebelum mengambil tindakan mengosongkan bangunan yang juga dikenali sebagai Maktab 92, dengan memindahkan jemaah ke bangunan bersebelahan Abraj Al-Janadiriyyah untuk sementara waktu.

Menurut kenyataan Tabung Haji itu, laporan awal pihak bomba Arab Saudi mendapati asap itu berpunca daripada puntung rokok yang dibuang oleh jemaah haji yang menginap di situ dan tersangkut di saluran paip bangunan.

“Keadaan kini telah kembali seperti biasa dan jemaah haji Malaysia juga telah dipindah masuk semula ke bangunan tersebut (maktab 92) pada pukul 10.40 pagi (waktu Arab Saudi),” menurut kenyataan itu.

Sementara itu di MAKKAH, Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman menasihati jemaah Haji supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Tabung Haji supaya tidak menghisap rokok di dalam bangunan.

Dua jentera bomba Arab Saudi dikejarkan ke tempat kejadian dan mengesahkan tiada kebakaran kecuali asap dari puntung rokok tersebut.

“Bagaimanapun, asap dan bau telah masuk ke kawasan lobi,” katanya kepada pemberita di sini pada Rabu.

Katanya tiada kejadian tidak diingini berlaku semasa insiden.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

[Video] Meteorologi sahkan fenomena awan bergaris di Kota Kinabalu ialah ‘garis badai’

KOTA KINABALU: Fenomena awan bergaris panjang di Kota Kinabalu awal pagi tadi sehingga beberapa gambar mengenainya tular di media sosial disahkan sebagai ‘garis badai’. Menurut...

BN Ampang tolak kerjasama dengan Zuraida, PBM

Naib Ketua Umno Ampang memaklumkan hanya calon dari BN sahaja akan disokong di Ampang bagi menghadapi PRU15. Bantahan itu dibuat menerusi kain rentang...

[Video] Pemandu cedera, lori simen dipandu langgar 2 rumah

TANJUNG MALIM: Dua rumah rosak selepas sebuah lori muatan simen dipercayai mengalami kerosakan brek terbabas melanggar rumah terbabit di Taman Bernam, dekat sini, pagi...

Pulau Batu Putih: Tun M tahu penemuan 3 bukti baharu- Apandi

BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membiarkan Pulau Batu Putih terlepas begitu saja. Sedangkan...

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...