PR didakwa mahu wujud akta seumpama ISA – Tan Sri Musa Hassan - pakdin.my

Musa turut menegaskan ‘Arab Spring’ boleh tiba di negara ini sekiranya kerajaan tidak mengambil langkah pencegahan berkesan daripada sekarang.

Katanya, jika perkara tersebut berlaku, segala pembangunan dan kemajuan yang dikecapi negara sejak 56 tahun lalu sia-sia.

 

musa hassanPETALING JAYA – Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menyokong kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pembangkang berkemungkinan mewujudkan semula undang-undang seumpama Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Beliau berkata, ia berikutan ISA diakui oleh ramai pihak sebagai satu undang-undang pencegahan yang berkesan, malah Amerika Syarikat menggunakan akta yang mirip sama dengan akta tersebut.

“Kita tidak tahu apa yang ada dalam hati mereka, tidak mustahil akta seumpama ISA boleh diwujudkan semula jika mereka memerintah.

“Kenapa saya berfikiran begitu, kerana pelbagai pihak sudah memulakan budaya huruhara, memainkan isu perkauman, agama dan memainkan soal keselamatan negara,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, kelmarin.

Khamis lalu, Dr Mahathir dilaporkan berkata, perkara pertama yang pembangkang akan lakukan jika berkuasa adalah menutup pintu keluar masuk negara dan menangkap pemimpin lawan dengan apa jua cara walaupun ISA sudah tiada lagi.

Dengan nada berseloroh, Dr Mahathir berkata, beliau gembira ISA tidak lagi wujud dan bahawa pembangkang, yang menentang undang-undang tersebut, tidak boleh sebarangan menyumbat orang ke dalam penjara jika mereka berkuasa.

Selain itu, Musa turut menegaskan ‘Arab Spring’ boleh tiba di negara ini sekiranya kerajaan tidak mengambil langkah pencegahan berkesan daripada sekarang.

Katanya, jika perkara tersebut berlaku, segala pembangunan dan kemajuan yang dikecapi negara sejak 56 tahun lalu sia-sia.

“Sebagai rakyat, semua pihak perlu menjaga keamanan negara, jangan termakan hasutan yang mahu menghuru-harakan negara. Dalam hal ini kerajaan kena pastikan ia tidak berlaku.

“Saya juga melihat ada usaha pihak luar yang mahu negara kita hancur dari dalam, melalui musuh yang halimunan,” katanya.

Ditanya mengenai musuh halimunan ini, Musa berkata musuh ini sukar dikesan kerana mereka bergerak di kalangan rakyat negara ini.

“Ancaman itu semakin lama semakin besar, mereka bercita-cita menawan negara ini. Jadi tugas sekarang adalah menyedarkan rakyat tentang bahaya perkara ini dan apa perancangan mereka untuk rosakkan negara.

“Dulu pihak luar bergerak melalui CIA untuk musnah negara lawan, sekarang tidak lagi kerana semua sudah tahu, mereka sekarang bergerak melalui NGO-NGO yang berada dalam negara,” katanya.

Mengulas lanjut, Musa turut mempertikaikan pihak tertentu yang sering menjadikan pasukan keselamatan sebagai sasaran dalam sesetengah isu.
Katanya, tindakan tersebut telah menyebabkan timbul persepsi negatif rakyat terhadap pasukan keselamatan.

UTAMAPOLITIKPR didakwa mahu wujud akta seumpama ISA - Tan Sri Musa Hassan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium