Aliran Trafik Di Beberapa Lebuh Raya Bergerak Perlahan Petang Ini

Aliran trafik lebuhraya Plus di Sungkai arah utara
Aliran trafik lebuhraya Plus di Sungkai arah utara

KUALA LUMPUR  — Aliran trafik di beberapa lebuh raya dilaporkan bergerak perlahan mulai petang ini apabila warga kota mula pulang ke kampung sempena sambutan Tahun Baharu Cina esok.

Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), trafik sesak sebelum plaza tol Gombak ke Terowong Genting Sempah.

“Trafik juga perlahan dari Putra Mahkota ke R&R Seremban, Simpang Renggam ke Machap & Skudai ke Senai Utara,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini.

Katanya laluan kontra dibuka di km 66-66.1 (Simpang Renggam-Machap) untuk mengurangkan kesesakan ekoran kemalangan kereta terbabas di km67.6 pada 1.50 tengah hari tadi.

Menurut laman Twitter PLUS pula, trafik lancar dari Tanjung Malim menuju ke Behrang, namun masih lagi perlahan dari Behrang menuju ke Hentian Ladang Bikam.

Orang ramai dinasihatkan mengikut jadual waktu perjalanan yang dikeluarkan PLUS iaitu bagi destinasi lebih jauh dinasihatkan kenderaan keluar lebih awal.

Waktu perjalanan dicadangkan untuk kenderaan dari Lembah Klang menuju ke Tapah, Bidor, Slim River & Tanjung Malim adalah selepas 6 petang.

Manakala waktu perjalanan dicadangkan untuk kenderaan dari Lembah Klang ke Ipoh, Simpang Pulai, Gopeng & Simpang Ampat antara 3 petang hingga 6 petang.

PLUS dan LLM menasihati pengguna lebuh raya supaya memandu dengan berhati-hati dalam cuaca hujan selain mengawasi jarak keselamatan kenderaan mereka.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

BN Ampang tolak kerjasama dengan Zuraida, PBM

Naib Ketua Umno Ampang memaklumkan hanya calon dari BN sahaja akan disokong di Ampang bagi menghadapi PRU15. Bantahan itu dibuat menerusi kain rentang...

[Video] Pemandu cedera, lori simen dipandu langgar 2 rumah

TANJUNG MALIM: Dua rumah rosak selepas sebuah lori muatan simen dipercayai mengalami kerosakan brek terbabas melanggar rumah terbabit di Taman Bernam, dekat sini, pagi...

Pulau Batu Putih: Tun M tahu penemuan 3 bukti baharu- Apandi

BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membiarkan Pulau Batu Putih terlepas begitu saja. Sedangkan...

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...