Khalid Batal Pembentangan Kad Laporan Kerajaan Selangor #TolakPR #VoteBN 4 #BetterNation - pakdin.my

khalid-gagap

Majlis pembentangan kad laporan Kerajaan Negeri Selangor tidak menjadi kenyataan apabila tidak ada wakil Barisan Nasional (BN) hadir untuk mendengar pembentangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Abdul Khalid berkata beliau mahu berdebat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak atau salah seorang calon yang dikatakan calon bakal menjadi Menteri Besar mengenai prestasi mereka di Selangor sejak lima tahun lalu.

Difahamkan Adul Khalid telah menyediakan persembahan slaid untuk memaparkan kejayaan kerajaan negeri yang dicapai dibawah pimpinan Pakatan Rakyat namun beliau enggan menunjukkan mempersembahkan kad laporan itu tanpa kehadiran wakil BN.

Khalid yang dalam kempen di Pandamaran Jaya, menghabiskan masa selama setengah jam untuk bertinteraksi dengan penduduk tempatan sebelum beredar ke majlis lain.

Selepas itu, Abdul Khalid berkata kepada pemberita bahawa penjualan tanah projek tebatan banjir dikenali sebagai Canal City walaupun telah selesai walaupun ia dibuat selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan.

Pada Selasa, Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed mempertikaikan tindakan kerajaan negeri menjual dengan keluasan 474 hektar dengan harga RM1.3 bilion dengan mendakwa tindakan kerajaan negeri itu bertentangan dengan peranan kerajaan sementara kerana membabitkan impak kewangan jangka panjang sedangkan mereka sepatutnya mentadbir urus infrastruktur sedia ada.

Khalid berkata Mohd Zin sepatutnya mencabar tindakan penjualan tanah itu secara perundangan dengan membawa perkara tersebut ke mahkamah, sekiranya beliau merasakan wujud unsur mencurigakan.

“Tindakan (untuk menjual) di buat sebelum DUN dibubarkan. Hanya pelaksanaannya dibuat selepas itu,” katanya.

UTAMAPILIHAN RAYAKhalid Batal Pembentangan Kad Laporan Kerajaan Selangor #TolakPR #VoteBN 4 #BetterNation

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium