UtamaPOLITIKSidang Parlimen Kecoh: ...

Sidang Parlimen Kecoh: Sanggupkah Kita Dipimpin Orang Terencat Akal? - pakdin.my

kecoh-sidang-parlimen

Sidang parlimen semalam menjadi riuh rendah apabila Ahli Parlimen pembangkang ‘meragam’ bagai anak nakal yang tidak mendengar cakap.  Semuanya bermula apabila mereka tidak puas hati dengan penggantungan Ahli Parlimen PKR Padang Serai, N Surendran.

N Surendran sebelum ini cuba membentangkan usul untuk mengutuk pecerobohan kuil Hindu Sri Muneswarar di Jalan P.Ramlee tetapi ditolak kerana tidak menepati peraturan mesyuarat.  Akibatnya beliau telah bertindak mencabar Speaker sehingga diarahkan keluar dewan.

Bertitik tolak dari itu, beliau telah digantung dari parlimen yang mana menyebabkan rakan-rakannya di dalam pembangkang meroyan.

Justeru, rakyat semalam dapat menyaksikan bagaimana adegan meroyan Khalid Samad melipat kertas usul dan dijadikan kapal terbang, Azmin merenyukkan kertas usul dan juga sorakan dan tepukan meja yang kuat oleh Ahli Parlimen pembangkang bagi mengganggu perjalanan dewan.

Kita tidak tahu apakah para pemimpin pembangkang ini merasa bangga menunjukkan sikap begitu kepada rakyat.  Tetapi kita pasti tiada rakyat yang sanggup membayangkan negara diperintah oleh mereka-mereka ini.

Sikap pemimpin pembangkang membuktikan tahap pemikiran mereka yang tidak matang atau lebih tepat, terencat akal.  Ini tentulah malang bagi Malaysia yang sedang dalam perjalanan untuk menjadi sebuah negara maju.  Seharusnya pembangkang bersikap professional dan membangkang isu yang lebih relevan bagi menepati sebuah persidangan parlimen sebuah negara yang bergerak maju.  Negara memerlukan pembangkang yang mampu membangkang untuk membina bukan  untuk memusnahkan.

Dalam pembangkang menuduh kerajaan pimpinan UMNO sebagai kolot dan mundur, sikap pembangkang pula menunjukkan yang mereka adalah golongan jahiliah yang belum menerima tamadun.

Dalam pembangkang menuduh kerajaan sebagai ‘separuh masak’, mereka pula memperlihatkan sikap ‘tiga suku’.

Mencabar speaker dan membuat kecoh dengan bermain kertas adalah sikap yang tidak boleh diterima sama sekali di mana-mana majlis rasmi di kalangan orang-orang dewasa, apatah lagi pemimpin di dalam sidang yang bertanggungjawab untuk menentukan hala tuju negara.

Jika ingin membantah sekali pun, apakah perlu bersikap seperti orang tidak siuman?  Di manakah maruah diri?  Apakah mereka menyangka rakyat suka melihat sikap yang hodoh begitu?  Banggakah anak isteri dan ibu di rumah melihat sikap anak, suami atau bapanya yang bergelar pemimpin itu?   Megahkah dapat mempertontonkan keburukan diri kepada dunia?

Ahli Parlimen seharusnya membawa watak terhormat dan serius, selaras dengan kedudukannya sebagai pemimpin.  Sikap ‘gila’ seperti yang ditunjukkan sebenarnya telah menakutkan rakyat.

Rakyat semakin bimbang sekiranya mereka yang ‘gila’ ini berjaya menjadi Menteri suatu hari nanti.  Untuk itu, PR nampaknya telah memberi bonus yang besar kepada BN kerana telah mengalih isu kuil kepada isu ahli parlimen menjadi ‘gila’.

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...

[VIDEO] Mayat mangsa ditemukan 1.5 kilometer dari lokasi dihanyutkan arus deras

BENTONG – Mayat seorang lelaki yang dihanyutkan arus deras ketika memancing di Loji Air Semantan di sini ditemukan kira-kira 1.5 kilometer daripada lokasi mangsa...

[VIDEO] Lori kontena bawa tin sardin terbalik, jalan sesak 3 km

KUALA KANGSAR – Ribuan tin sardin bertaburan di atas jalan selepas sebuah lori kontena membawa muatan itu terbabas sebelum terbalik di Kilometer 265.9, Lebuh...

[VIDEO] Kemalangan melibatan kereta melanggar belakang treler

SLIM RIVER: Kejadian berlaku malam hari ini (2/8/2021) di KM371 Lebuh Raya PLUS (Utara) arah utara selepas susur keluar tol Slim River. Kemalangan melibatkan sebuah...

Sapura Energy peroleh penyambungan kontrak RM580 juta di Brazil

Syarikat usaha sama Sapura Energy Bhd di bawah segmen pembinaan dan kejuruteraannya (E&C), Sapura Navegacao Marítima SA telah diberikan lanjutan dalam kontrak pajakan dan...