Bekas Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari Meninggal Dunia - pakdin.my

fauzi-shaari

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Mohd Fauzi Shaari meninggal dunia di Hospital Selayang Ahad malam akibat jangkitan pada hati dan buah pinggang.

Mohd Fauzi, 63, yang dimasukkan ke hospital itu sejak Rabu lepas, meninggal pada pukul 8.17 malam di Unit Rawatan Rapi hospital berkenaan, menurut kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam laman Facebooknya.

Jenazah Allahyarham dibawa ke rumahnya di No.7, Jalan 10/15, Seksyen 10, Shah Alam, Selangor dan akan dikebumikan Isnin di Tanah Perkuburan Seksyen 21 Shah Alam.

Allahyarham yang berasal dari Larut Matang, Perak meninggalkan isteri Datin Fauziah Ngah Nordin serta empat anak lelaki.

Mohd Fauzi menyertai PDRM pada 30 April 1975 sebelum dilantik menjadi Ketua Polis Selangor pada 2003 dan kemudian dilantik sebagai Pengarah JSJ Bukit Aman pada 2005, sebelum bersara setahun selepas itu.

UTAMABekas Pengarah JSJ Bukit Aman Datuk Fauzi Shaari Meninggal Dunia

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium