Syiah Rangka Strategi Tawan Mekah Dan Madinah - pakdin.my

tolak-syiah

Pengikut syiah dipercayai sedang menyusun strategi untuk menawan kota suci Mekah dan Madinah.

Sehubungan itu, menurut Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Agama Islam Pahang, JAIP, Nor Hamizi Jamaludin, pelbagai taktik dilakukan untuk menarik lebih ramai pengikut bagi menjayakan matlamat sulit mereka itu.

Pendedahan itu dibuat Nor Hamizi dalam ceramah bertajuk “Virus Syiah Perosak Akidah” sempena perhimpunan agung Pertubuhan Kebajikan Islam Semalaysia, Pekida, di Kuantan.

Katanya, umat Islam di negara ini perlu berhati-hati kerana pengikut Syiah sentiasa berusaha menggunakan pelbagai taktik untuk menghancurkan ahli Sunnah Waljamaah.

Beliau turut mendedahkan taktik pengikut Syiah berselindung di sebalik ajaran tareqat, ahli sufi dan cengkaman ekonomi bagi mewujudkan suasana tidak harmoni dalam kalangan ahli Sunnah Waljamaah.

Buktinya, apa yang berlaku di Syria ketika ini menyaksikan golongan ahli Sunnah dibunuh dengan kejam.

Muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 5 Mei 1996 memutuskan Syiah adalah ajaran sesat.

 

UTAMAGAYA HIDUPAGAMASyiah Rangka Strategi Tawan Mekah Dan Madinah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium