Ketua Uskup perkecil hasrat murni Najib @NajibRazak - pakdin.my

Tidak wajar Pakiam menjawab gesaan Najib dengan ungkapan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan
Tidak wajar Pakiam menjawab gesaan Najib dengan ungkapan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan

Hanya beberapa jam selepas Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat menitikberatkan kebersamaan sesama mereka bagi mengukuhkan keamanan, keharmonian dan kestabilan negara khususnya antara masyarakat Islam dan Kristian, Ketua Uskup Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam seolah-olah memperkecilkan hasrat murni Perdana Menteri itu.

Beliau secara terbuka menyatakan kekecewaan atas pendirian Najib dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di negara ini.

Lebih mendukacitakan, kritikan Pakiam yang menjadi ‘priest’ selama 49 tahun serta biskop selama 18 tahun itu dilaporkan portal pro pembangkang Malaysiakini yang umum sedia maklum mengenai laporan berat sebelah isu kalimah Allah yang dituntut Pakiam.

Pakiam merujuk kepada ucapan Najib ketika sambutan Maal Hijrah lalu yang menegaskan untuk mempertahankan penggunaan perkataan “Allah” untuk orang Melayu sekalipun dunia mentertawakan Malaysia.

“Saya sangat terkejut dan kecewa… Ini bukannya (sikap) orang yang belajar di sekolah Katolik kita.

“Dengan berkata demikian, (Najib) hanya ahli politik yang mahu berbalah. Saya berdoa agar Allah menyedarkan beliau (Najib) untuk menjadi seorang negarawan,” kata beliau yang kenyataannya disiarkan portal berkenaan.

Pakiam, yang bakal mengosongkan jawatannya itu, berkata demikian kepada para wartawan ketika ditanya mengenai permintaan Najib kepada orang Islam dan Kristian untuk menghentikan perdebatan isu “Allah”.

Najib dilaporkan berkata demikian di majlis sambutan Krismas peringkat kebangsaan di Pulau Pinang, Rabu.

Menurut Perdana Menteri, rakyat perlu mencari kebersamaan antara mereka berbanding mencari apa yangmembezakan mereka, kata perdana menteri.

Beliau berkata sebagai contoh, walaupun terdapat perbezaan tafsiran seperti konsep Tuhan dalam agama Islam dan Kristian, ia tidak seharusnya dijadikanperbalahan yang boleh merenggangkan hubungan antara kaum.

“Islam dan Kristian adalah dua agama terbesar di dunia. Kedua-dua agama iniboleh dikatakan mempunyai asal usul yang sama, ada permulaan yang sama iaitu agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim.

“Meskipun dari segi akidah kita ada perbezaan, umpamanya konsep Tuhan. Dalam Islam konsep Tuhan agak berbeza. Tetapi kalau kita sentiasa berbalah atas perkara ini, maka kita akan merenggangkan hubungan antara orang Islam dan orang Kristian,” katanya ketika merasmikan majlis Rumah Terbuka Krismas 2013 peringkat kebangsaan anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan di George Town, Pulau Pinang, Rabu.

Tentulah sesuatu yang amat mengecewakan kerana kritikan itu keluar daripada mulut sesaorang yang amat dihormati oleh bukan sahaja orang Kristian di negara ini malah di luar negara.

Sepatutnya, Ketua Biskop itu yang dilaporkan bersara awal bulan ini selepas mencapai usia 75 tidak wajar mengeluarkan pandangan sedemikian sebagai membalas salam perpaduan Najib selepas isu kalimah Allah berlarutan sejak 2007.

Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Ogos lalu sudah memutuskan untuk menolak permohonan Gereja Roman Katolik bagi membatalkan rayuan Majlis-Majlis Agama Islam Negeri, KDN, JAKIM dan NGO-NGO Islam berhubung kebenaran menggunakan kalimah ALLAH dalam majalah mingguan Herald.

Sebaik- baiknya sebagai Ketua Uskup yang dihormati dan disegani, Pakiam diakhir jawatannya patut menyeru orang Krisitian di negara ini menyambut saranan Najib demi perpaduan dan mengelakkan perbalahan yang boleh merenggangkan hubungan bukannya mengeruhkan lagi keadaan.-bnbbc.my

UTAMAPOLITIKKetua Uskup perkecil hasrat murni Najib @NajibRazak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium