Khalid “tendang” Azmin Ali Dari PKNS

Faekah-Husin-Azmin-Ali-Khalid-Ibrahim-Selangor

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, mengambil keputusan mengejut menggugurkan Timbalan Presiden PKR dan juga Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali, daripada kedudukan sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Ini mengesahkan gosip-gosip politik sejak awal tahun lalu bahawa Khalid Ibrahim sedang mencari jalan menyingkirkan Azmin Ali. Malah Mykmu.net dalam laporan Mei tahun lalu telah mendedahkan tindakan terancang Khalid menyingkirkan Azmin melalui pennyingkiran sekutu-sekutu kuat Azmin dalam PKR Selangor. [Lihat: Selamat Tinggal Azmin Ali]

Menurut portal Pro-Pakatan Rakyat, Malaysiakini.com, surat yang memaklumkan kepada Azmin mengenai penggugurannya itu dihantar pada jam 11 pagi semalam.

PKNS, sebuah konglomerat milik kerajaan negeri, adalah pemaju hartanah utama dan pelabur dalam perniagaan utama di Selangor.

Sumber itu berkata penyingkiran itu dibuat walaupun penasihat undang-undang negeri dan PKNS menasihatkan supaya Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa, dikekalkan.

Alasan yang diberikan oleh menteri besar ialah Azmin telah memulangkan kenderaan rasmi dan keistimewaan lain kepada PKNS sebelum pilihan raya umum lepas, kata sumber itu yang mengetahui mengenai kertas exco mengenai perkara itu.

Sambil menyifatkan alasan yang diberikan itu sebagai “tidak masuk akal”, sumber itu berkata, Azmin memulangkan keistimewaan itu selaras dengan garispanduan kerajaan sementara selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

Menurut sumber itu, Abdul Khalid yang juga pengerusi PKNS, telah mempengerusikan dua mesyuarat lembaga pengarah perbadanan itu selepas pilihan raya umum tetapi enggan menjelaskan kedudukan Azmin dan dua orang lagi penyandang yang dilantik oleh kerajaan.

Bagaimanapun, Abdul Khalid kemudian tiba-tiba meminta surat exco mengenai kedudukan mereka dalam lembaga pengarah PKNS – ADUN Cempaka Iskandar Abdul Samad, bekas ADUN Kinrara Teresa Kok dan Azmin – kata sumber itu.

‘Seorang penyandang dikekalkan ‘

Kertas exco diminta adalah kerana wujud kekaburan berhubung peraturan mengenai tempoh tepat ahli lembaga PKNS yang dilantik dalam agensi kerajaan negeri itu dan juga pelantikan semula mereka.

Kertas exco itu disampaikan kepada Abdul Khalid pada 13 November tahun lalu dan beliau membuat keputusan untuk menggugurkan Azmin pada 4 Disember, kata sumber itu.

Menurut sumber itu lagi, Iskandar, yang juga ADUN PAS di Selangor, dikekalkan dalam lembaga pengarah PKNS.

Pengguguran Kok, bekas exco kanan kerajaan negeri yang menyerah kerusi DUN beliau di Selangor untuk memberi tumpuan kepada kerusi Parlimen di Kuala Lumpur, memang telah dijangka.

Azmin merupakan pengkritik kuat Abdul Khalid, yang menggesa menteri besar itu supaya berbelanja untuk pembangunan dan bukannya terkumpul rizab negeri ini yang berjumlah hampir RM3 bilion tahun lepas.

Azmin pernah meletak jawatan dalam lembaga pengarah PKNS pada tahun 2010, tetapi menafikan ia disebabkan oleh perselisihan dengan Abdul Khalid.

Sebaliknya, beliau menegaskan ia untuk memberi laluan kepada calon-calon yang lebih muda yang “lebih disukai” oleh menteri besar.

Pengguguran terbaru Azmin itu berlaku hanya dua bulan sebelum pemilihan parti PKR, yang bakal menyaksikan perebutan jawatan tertinggi di kalangan pemimpin utamanya.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

[Video] Meteorologi sahkan fenomena awan bergaris di Kota Kinabalu ialah ‘garis badai’

KOTA KINABALU: Fenomena awan bergaris panjang di Kota Kinabalu awal pagi tadi sehingga beberapa gambar mengenainya tular di media sosial disahkan sebagai ‘garis badai’. Menurut...

BN Ampang tolak kerjasama dengan Zuraida, PBM

Naib Ketua Umno Ampang memaklumkan hanya calon dari BN sahaja akan disokong di Ampang bagi menghadapi PRU15. Bantahan itu dibuat menerusi kain rentang...

[Video] Pemandu cedera, lori simen dipandu langgar 2 rumah

TANJUNG MALIM: Dua rumah rosak selepas sebuah lori muatan simen dipercayai mengalami kerosakan brek terbabas melanggar rumah terbabit di Taman Bernam, dekat sini, pagi...

Pulau Batu Putih: Tun M tahu penemuan 3 bukti baharu- Apandi

BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membiarkan Pulau Batu Putih terlepas begitu saja. Sedangkan...

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...