Semua menteri diarah turun pantau harga barang – @MuhyiddinYassin - pakdin.my

muhyiddin-arah-pantau-harga

Kalau lihat wajah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek atau Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob…itu sudah biasa.

Sebaliknya jangan terkejut kalau ternampak menteri-menteri lain turun ke pasar atau kedai bertanya pasal harga barang segala macam.

Sebabnya semua Menteri telah diarah turun padang temui peniaga dan pengguna pantau dan cari punca kenaikan harga di pasar borong,pasaraya,kedai runcit dan lain-lain.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang beritahu demikian dalam sidang akhbar khas di pejabatnya di Putrajaya Rabu kata, ” jangan serah tugas dan peranan ini pada Menteri KPDNKK dan Menteri Pertanian saja.Semua kena main peranan.Saya sendiri akan turun di kawasan-kawasan terpilih Sabtu ini.”

Hadir sama di sidang akhbar itu Hasan dan Ismail.

Katanya beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak  amat prihatin dengan isu kehaikan harga barang dan kesal ia telah dimanupulasi oleh pembangkang.

“Kita nak rakyat bersikap adil sikit.Kerajaan bertanggongjawab dan prihatin kawal harga tetapi ada faktor lain juha sebabkan .Ada kala kos terpaksa dinaikkan,”katanya.

Dalam usaha kerajaan untuk lipatgandakan usaha ini.Muhyiddin memberitahu kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup Rakyat sebagai inisiatif meningkatkan keberkesanan usaha kerajaan dan penguatkuasaan undang-undang berhubung kenaikan harga barangan.

Beliau sendiri akan pengerusikan jawatankuasa berkenaan.

KPDNKK akan bertindak sebagai seketariat dan peneraju dalam jawatankuasa itu.

Serentak dengan itu menurut Timbalan Perdana Menteri sebuah Makmal Khas bagi tempoh dua minggu dibentuk untuk mengkaji langkah mengurangkan beban rakyat.

Katanya makmal itu antara lain, akan mengkaji secara holistik konsolidasi fiskal yang perlu dilaksana bagi memastikan ia tidak terlalu membebankan rakyat selain bentuk bantuan yang boleh diberi bagi mengurangkan beban rakyat menghadapi kenaikan kos sara hidup semasa.

“Ini termasuk kajian kenaikan harga yang tiada kaitan dengan langkah konsolidasi fiskal tetapi berpunca daripada struktur pasaran semasa seperti isu bekalan dan sistem pemasaran,”katanya.

UTAMABERITASemua menteri diarah turun pantau harga barang - @MuhyiddinYassin

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium