31.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 20, 2021

BEERSIH 2.0 – 418 laporan polis dibuat terhadap penganjur Bersih

KEMASKINI: Polis pada Rabu petang berkata, pihaknya menerima 418 laporan berhubung perhimpunan Bersih dan memberi amaran akan menahan mana-mana individu yang merancang untuk menganjur, melibatkan diri atau mencetuskan huru-hara dalam perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, polis tidak akan meluluskan sebarang permit untuk mana-mana parti.

“Keputusan itu dibuat kerana perhimpunan itu bukan saja mengugat ketenteraman tetapi mencetuskan huru-hara.

“Kami menerima sejumlah 418 laporan polis daripada peniaga, ejen perlancongan dan individu yang membantah perhimpunan itu,” katanya.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Perkasa turut merancang untuk mengadakan perarakan bagi membantah perhimpunan Bersih itu.

Khalid berkata polis akan mengambil langkah berjaga-jaga termasuk melancarkan gerakan pencegahan sebelum dan ketika perhimpunan diadakan.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata, 260 laporan polis dibuat pelbagai pihak di seluruh negara berkait rancangan pembangkang mahu adakan himpunan  Bersih di ibu negara pada 9 Julai ini.
Malah PERKASA juga nak buat himpunan serupa bagi halang demo yang boleh timbulkan macam-macam masalah kepada warga kota seperti berlaku semasa himpunan serupa beberapa tahun lalu.
Sepatutnya penganjur Bersih, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk Ambiga Srennevasan ambil kira keresahan dan tentangan rakyat terhadap himpunan tersebut kerana kesan ‘kotor’nya jika Bersih dibuat juga.

Justeru itu memang tepat jika Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuuddin Tun Hussein anggap penganjur Bersih sebagai degil dan sengaja hendak teruskan demo tersebut walaupun tahu banyak pihak lain tidak setuju.
Diasak soalan mengenai  perkara itu, Hishammuddin yang bercakap di lobi parlimen pada Rabu serba salah mahu menjawab isu berkenaan kerana khuatir dianggap macam campur tangan politik sedangkan perkara itu berkaitan undang-undang dan keselamatan negara.
Sebab itu beliau yang juga Naib Presiden UMNO serahkan kepada kebijaksanaan polis memantau perkara dengan bersikap profesional.
Menurutnya, polis sudah diarah pantau keadaan dan bertindak berlandaskan undang-undang serta keselamatan awam dan negara.
Menjawab soalan, Hishammuddin berkata, polis masih ada masa jika mahu memanggil penganjur himpunan tersebut bagi membincangkan kesan demonstrasi pada 9 Julai nanti.
Beliau turut mengesahkan penganjur belum memohon permit bagi perhimpunan tersebut.
Sebelum ini di Dewan Rakyat, timbalan speaker Datuk Dr Wan Junaidi Tunku Jaafar menolak usul yang dibawa ahli parlimen Bebas Bayan Baru, Datuk Seri ZahrainMohd Hashim bagi Dewan membincangkan usul kecam tindakan penganjur Bersih adakan perhimpunan itu.
Wan Junaidi berkata, usul itu tidak perlu disegerakan selain pihak berkuasa sedang memantaunya.
Dalam pada itu dijangka lebih banyak laporan polis serta bantahan akan dibuat terhadap pihak yang menganjurkan himpunan itu.
Soalnya adakah Mat Sabu dan Ambiga mahu mengalah demi menjamin keselamatan rakyat atau lebih mementingkan agenda politik masing-masing.

Mungkin ramai masih ingat Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi ‘hero’ pada himpunan Bersih 2007 dan setakat ini walaupun Ketua Pembangkang itu masih belum buka mulut pasal himpunan kali ini tetapi sukar menolak beliau tidak memainkan peranan dalam Bersih kali ini.
Cuma mereka kena sedar dan faham, jika pihak berkuasa bertindak terhadap mereka dengan dakwaan cuba mencetuskan kegelisahan rakyat, mereka kena bersikap ‘berani buat berani tanggung’.-15/6/2011 – OLEH ROSLAN BIAN

 

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.