Feri Sewol Karam: Mangsa hantar khidmat pesanan ringkas sementara menunggu di selamatkan - pakdin.my

sewol_ferry_korea

SEOUL – Beberapa pelajar yang terperangkap di dalam Feri Sewol yang karam di pantai barat daya Korea Selatan kini sedang menanti untuk diselamatkan, dengan sebahagian dari mereka sempat menghantar khidmat pesanan ringkas kepada rakan-rakan dan individu yang tersayang semalam.

Kebanyakan khidmat pesanan ringkas yang diterima amat meruntun hati dan ia telah dihantar oleh para pelajar yang terperangkap sementara menunggu untuk diselamatkan. Antara pesanan yang dihantar merupakan pesanan cinta, penghargaan kepada ibu bapa dan sebahagian lain ialah pesanan meminta maaf.

“Ayah jangan risau. Saya memakai jaket keselamatan dan kami berkumpul bersama,” demikian pesanan ringkas yang dihantar oleh seorang pelajar berusia 18 tahun yang hanya dikenali dengan nama Shin kepada bapanya, lapor sebuah stesen berita Korea, MBC News.

Bapa pelajar itu menjawab; “Ayah dapati pasukan penyelamat sedang dalam perjalanan untuk menyelamat namun jika boleh cuba selamatkan diri kamu sendiri.”

sewol_ferry

 

UTAMADUNIAFeri Sewol Karam: Mangsa hantar khidmat pesanan ringkas sementara menunggu di selamatkan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium