UtamaNASIONALBEERSIH 2.0 - Jangan...

BEERSIH 2.0 – Jangan beri muka pada Ambiga - pakdin.my

Ambiga

KUALA LUMPUR 13 Julai – Kerajaan digesa tidak memberi ‘muka’ kepada Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga kerana tindakannya yang mencadangkan rakyat berpakaian kuning pada setiap Sabtu jelas membuktikan bekas Presiden Majlis Peguam itu mahu mencabar undang-undang negara.

Sepatutnya menurut beberapa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Ambiga perlu dikenakan tindakan paling tegas menurut peruntukan undang-undang sedia ada bagi mengelakkan negara ini menjadi huru-hara.

Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, sekarang bukan masa yang sesuai untuk kerajaan berlembut dengan orang seperti Ambiga sebaliknya beliau perlu ditahan segera mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Ambiga sebenarnya mahu mencabar undang-undang. Dia cuba menghasut rakyat dan ini tidak harus dibiarkan. Ambiga mahu melakukan provokasi terhadap kerajaan dengan harapan kerajaan mengenakan tindakan ke atasnya.

“Dengan cara itu Ambiga berjaya menunjukkan betapa zalimnya kerajaan. Orang sebegini tidak boleh dibiarkan. Jangan setakat ditahan, diberi makan dan kemudian dilepaskan. Demi keamanan negara saya minta Ambiga ditahan dan dihantar ke Kamunting dengan segera,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ambiga mengenai keputusan jawatankuasa pemandu Bersih yang mencadangkan rakyat berpakaian kuning setiap Sabtu sebagai sokongan berterusan kepada pergerakan itu bagi menuntut lapan perkara untuk pembaharuan pilihan raya di negara ini.

Mohd. Hilmi berkata, kerajaan dalam menangani isu Bersih perlu lebih mengutamakan kepentingan majoriti rakyat terbanyak berbanding minoriti penyokong Bersih di jalanan.

“Hakikatnya tiada siapa yang mahu Malaysia yang aman makmur terjejas dengan tingkah laku tidak bertanggungjawab Bersih. Suara ini lebih banyak daripada suara yang menyokong Bersih,” ujarnya

Setiausaha Agung Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Syed Hassan Syed Ali mahu kerajaan bertegas dengan pihak Bersih khususnya Ambiga dan jangan sesekali tunduk dengan tuntutan mereka.

Apatah lagi katanya, dalam keadaan timbul dakwaan Bersih didalangi oleh pihak luar yang sepatutnya disiasat segera oleh pihak berkuasa.

“Kita mahu tahu daripada mana datangnya dana yang begitu banyak hingga membolehkan mereka menyewa hotel-hotel di ibu negara dan mencetak beribu-ribu baju kuning Bersih,” katanya lagi.

Naib Presiden Alumni Pemimpin Mahasiswa Universiti (Aspirasi) Mohd. Zafry Mohd. Yunus ketika dihubungi turut bersependapat dengan dua pemimpin NGO tersebut.

Beliau percaya majoriti rakyat tidak mahu keamanan negara terjejas akibat perbuatan pihak tidak bertanggungjawab seperti Bersih.

“Aspirasi juga mahu Ambiga dikenakan tindakan tegas kerana jelas yang dia mahu mencabar undang-undang negara. Dia cuba mencabar kewibawaan pihak berkuasa.

“Gesaan ini dibuat atas nama kuasa rakyat. Kami juga mewakili segelintir rakyat Malaysia yang cintakan keamanan. Jangan beri muka pada Bersih kerana akhirnya keharmonian negara kita sendiri yang akan terjejas,” katanya lagi.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Dakwaan seleweng RM600 bilion: ‘Muhyiddin, jangan cabar saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar beliau mengenai isu dana kerajaan berjumlah RM600 bilion...

Bom MK-82 yang tidak meletup ditemui di hutan Songkhla

Renjer menemui bom MK-82 yang tidak meletup di hutan Perlindungan Hidupan Liar Ton Nga Chang di wilayah selatan Songkhla. Pihak berkuasa percaya bom itu...

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...