Wanita Mangaku Doktor Dari Malaysia Kahwin Dengan Anggota Militan IS

Salah satu gambar yang dimuatnaik di laman blog tumblr 'diary-of-a-muhajirah.tumblr.com'.
Salah satu gambar yang dimuatnaik di laman blog tumblr ‘diary-of-a-muhajirah.tumblr.com’.

Seorang wanita berusia 26 tahun yang mengaku rakyat Malaysia menggemparkan media sosial apabia dia selalu mengemas kini pengalamannya sebagai ‘Muhajirah’ di laman Facebook, Tumblr dan akaun Twitter.

Kebanyakan status yang dimuatnaiknya itu dikumpul oleh media sosial dari Amerika, Buzzfeed dan berdasarkan maklumat tersebut, wanita itu merupakan seorang doktor yang pergi ke Syria dan terlibat dengan perkahwinan rancang dengan anggota militan Negara Islam (IS)..

“Saya Muhajirah, boleh bercakap Urdu dan Hindi dan sebab itulah sesetengah ‘sisters’ mengalu-alukan saya ke sini…dengan filem dan tajuk lagu. Saya dari Malaysia,” jelasnya di laman Twitter @BirdOfJannah pada 11 Ogos lalu.

Di laman facebook miliknya, wanita ini mendakwa kedatangannya ke Syria kerana ingin berkhidmat kepada masyarakat di sana kerana dia adalah seorang doktor.

“Saya melakukan hijrah ke Syria dan ibu bapa saya tidak bersama, tetapi mereka ‘okay’ dengan keputusan saya,” komennya di laman Facebook.

Selepas dua bulan di Syria, dia terfikir untuk berkahwin kerana baginya amat sukar hidup bersendirian dan telah diperkenalkan dengan seorang Moroccan oleh teman serumahnya di Syria.

“Satu malam, kawan baik saya telah mengetuk pintu dan belum pun sempat saya menjawab apa-apa, dia telah membuka pintu dan melompat ke atas saya.

“Dia memberitahu bahawa suaminya telah bercakap dengan kawannya, dan kawan suaminya itu telah bersutuju untuk berkahwin dengan saya walaupun tidak berjumpa terlebih dahulu.

“Saya berasa hairan, dan memberitahunya saya bersetuju untuk berkahwin. Dia memeluk saya dan menangis serta berkata betapa gembiranya dengan keputusan saya ini. Saya merasakan dia berkelakuan seperti ibu saya dan itu merupakan malam yang emosi,” jelasnya yang dikongsi di tumblr blog, Diary of A Muhajirah.

Shams dan suaminya tidak bercakap pada hari perkahwinannya yang mana difahamkan itu adalah arahan yang ditetapkan oleh pihak organisasi dan mereka perlu memuat turun kamus di aplikasi telefon untuk bercakap pada awal perkahwinan mereka.

“Suami dan saya, adalah sangat berbeza. Kami dari dua benua yang berbeza dan bercakap dan bahasa yang berlainan. Bahasa arab saya sangat teruk, manakala dia sangat fasih berbahasa arab dan Perancis.

“Saya masih ingat kami memuat turun aplikasi kamus di telefon bimbit dan ia sangat membantu. Apa yang penting adalah hati,” jelasnya di laman Facebook sebelum memadamnya.

Selepas empat hari perkahwinannya, dia baharu tersedar dia berkahwin dengan seorang Mujaheed dan perlu berdepan dengan realiti apabila suami kawannya meninggal dunia ketika berperang.

Dia juga turut memuatnaik kata-kata dari suaminya di laman Facebook “Jihad adalah isteri nombor satu, dan kamu adalah yang kedua. Saya harap kamu faham.”

Kategori:

MENARIK

BERKAITAN

TERKINI

[Video] Serangan di Tak Bai: PDRM atur aset tingkat kawalan sempadan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah anggota dan aset Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk mempertingkat kawalan sempadan susulan kejadian tembakan dan letupan bom berlaku di...

[Video] Suspek tembak lelaki di Sungai Petani ditahan

Polis menahan suspek dipercayai menembak mati seorang lelaki di depan ahli keluarganya di Sungai Petani, Kedah, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, GS Suresh Kumar,...

[Video] Bekas Menteri Sabah, Peter Anthony kena jel 3 tahun, denda RM50,000

Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony didapati bersalah atas pertuduhan memalsukan surat daripada pejabat timbalan naib canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung kontrak...

[Video] Lelaki maut ditembak dikehendaki kes dadah, SOSMA

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut ditembak pada jarak dekat dalam kejadian di persimpangan trafik, Taman Intan, Sungai Petani, Kedah. Kejadian berlaku pada jam 12.30 tengahari...

Kertas siasatan kes Nazlan diserah kepada Jabatan Peguam Negara

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan kes Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei...

[Video] Kanak-kanak 7 tahun hilang disambar ‘sang bedal’

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai disambar buaya ketika sedang mengambil air di tebing sungai dalam kejadian di Kampung Nyabut, Telaga Air, Kuching, hari...

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...