Pengasas Bersama Pirate Bay Ditangkap Ketika Cuba Memasuki Thailand - pakdin.my

piratebay-Hans Fredrik Lennart Neij

Pengasas Pirate Bay dikenali sebagai Hans Fredrik Lennart neij, juga dikenali sebagai Tiamo, ditangkap ketika cuba memasuki Thailand. Neij telah melarikan diri daripada pihak berkuasa sejak 2009 apabila mahkamah Sweden mendapati pengasas laman torrent yang popular bersalah atas pelanggaran hak cipta. Ianya tidak lama selepas kohort neij ini Gottfrid Svartholm Warg didapati bersalah menggodam bank Denmark minggu lalu.

Neij telah bersembunyi di Laos sejak 2012, dan beliau juga pernah menyeberang ke Thailand berkali-kali kerana dia memiliki sebuah rumah di pulau peranginan Phuket. Kali ini, pengawal sempadan mengenali beliau kerana memakai baju yang sama dengan pakaian seperti gambar didalam fail  pejabat imigresen. Neij telah dihantar ke Bangkok dan sedang menunggu ekstradisi ke Sweden.

piratebay-logo

Pihak berkuasa mempunyai masalah menguatkuasakan keputusan penghakiman 2009 berkaitan pengasas Pirate Bay kerana ke tiga-tiga pengasas ini licik mengelak dari ditangkap. Pada awalnya beliau dihukum setahun penjara dan didenda sebanyak 30 juta Krona kerana terlibat dalam pelanggaran hak cipta. Setelah membuat rayuan  hukuman Neij dikurangkan kepada 10 bulan dan meningkatkan denda kepada 46 juta krona untuk ketiga-tiga mereka.

UTAMADUNIAPengasas Bersama Pirate Bay Ditangkap Ketika Cuba Memasuki Thailand

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium