Mi Power Bank sudah pasti salah satu daripada produk yang paling popular dari Xiaomi kepada kita disini. Akan mula berada di pasaran China pada minggu hadapan Mi Power Bank berkapasiti 16,000mAh .
Buat masa ini Mi Power Bank yang terdapat dipasaran Malaysia berkapasiti 5,200mAh bersaiz poket dan yang bersaiz lebih besar berkapasiti 10,400mAh – di mana kedua-duanya memang sangat popular di kalangan pengguna Malaysia. Salah satu sebab produk ini menjadi popilar adalah kerana harga yang sangat rendah untuk Mi Power Bank 5,200mAh berharga RM25 dan RM36 untuk yang berkapasiti 10,400mAh.
Kebiasaannya, 10,400mAh sudah memadai untuk menampung keperluan kuasa untuk smartphone, ia dapat mengisi Mi 3 untuk 2 setengah kali dari kuasa bateri asal. Walaubagaimanapun ada kalangan pengguna yang memerlukan kapasiti yang lebih dari itu. Minggu hadapan, pada 11 November Xiaomi akan mengadakan satu lagi penjualan besar-besaran dan salah satu daripada produk-produk yang akan diperkenalkan pada hari tersebut adalah Mi Power Bank 16,000mAh. Berharga hanya 99 Yuan (kira-kira RM53) pada promosi “Double 11” (11 November). Selepas itu, ia akan dijual pada harga 129 Yuan (kira-kira RM70).
Selain dari kapasiti besar 16,000mAh, Mi Power Bank juga akan menampilkan output dua USB, yang membolehkan pengguna untuk mengecas dua peranti pada masa yang sama. Mi Power Bank didatangkan dengan case aluminium sepenuhnya dan menggunakan bateri keluaran LG dan Samsungi. Ciri-ciri baru pasti menjadikan Mi Power Bank 16,000mAh sebagai produk yang sangat menarik tambahan pula harganya RM53 adalah jauh lebih rendah dari pesaing yang ada dipasaran.
Malangnya, tidak ada sebarang petanda lagi bahawa Mi Power Bank 16,000mAh akan dijual diluar pasaran China. Produk Xiaomi terakhir yang dipasarkan di Malaysia adalah Piston In-Ear Earphones beberapa bulan yang lalu begitu juga masih belum ada petanda smartphone Mi 4 akan berada di pasaran Malaysia. Namun demikian, kami yakin akan ada beberapa peniaga dari negara ini yang pasti akan mencari jalan untuk membeli dan membawa masuk untuk dijual disini pada minggu depan atau ada yang membelinya secara online.