Feed Author

317 POSTS

-

0 KOMENN

Laporan kejadian gempa bumi di Gua Musang, Kelantan 59KM Timur Laut Ipoh, Perak pada 26 Mei 2021 adalah tidak benar

SEBENARNYA: Menurut siaran media Jabatan Meterologi Malaysia (MET Malaysia): MET Malaysia telah mendapat maklumat berkenaan penularan mesej mengenai kejadian gempa bumi berlaku di Gua Musang, Kelantan 59KM timur laut Ipoh, Perak bermagnitud 5.1 Skala Richter pada...

Tiada kerjasama dengan PPBM ketika PRU-15, tarik diri daripada kerajaan bila-bila masa – Isham Jalil

Menurut beliau UMNO juga telah memberi mandat sepenuhnya kepada Presiden Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk menentukan tarikh yang sesuai untuk Ahli-ahli Parlimen dan anggota-anggota Kabinetnya menarik diri daripada kerajaan apabila tiba masa yang sesuai.

Tugas berat PAS menjaga “pasangan kaya dan berpengaruh” serta “anak-anak angkat” yang bermasalah

Cuma apabila Tuan Guru Haji Hadi mengatakan “PAS mengajak semua kumpulan Islam (serta bersama golongan bukan Islam yang tidak ekstrem) untuk menyelamatkan negara dalam sebuah pakatan baharu”, dilihat terlalu klise dan meniru retorik Pakatan Harapan dan Pakatan Rakyat (PAS bersama DAP dan PKR) sebelum ini.

Retorik PAS main 10 kolam konon demi penyatuan ummah

Ketua Pemuda PAS, Senator Ir. Khairil Nizam Khirudin dipetik berkata bahawa PAS bukan setakat sanggup main dua kolam tetapi 10 kolampun PAS akan main demi agenda penyatuan ummah yang menurutnya sedang berada di tahap...

Demokrasi yang tergendala

Oleh Shahril Hamdan 1. Ramai pihak yang sentiasa memerhati perjalanan mesyuarat MKT, sepertimana juga liputan meluas berkenaan PAU. 2. Apapun spekulasi di luar sana, keputusan diambil atas semangat musyawarah dan bijaksana bagi memperjuang agenda rakyat dan parti. Dan apabila bercakap agenda partipun, ia bukan atas pertimbangan kepentingan pemimpin atau ahli parti semata-mata, tetapi juga kerana kita percaya kepimpinan oleh UMNO adalah yang terbaik untuk Malaysia. Apatah lagi dengan segala pembuatan dasar setelah melihat 22 bulan PH dan 14 bulan PN yang menimbulkan keresahan rakyat – antara lain seperti yang digariskan dalam kenyataan rasmi Setiausaha Agung UMNO. 3. Dalam mesyuarat tadi, ketetapan PAU 2020 dijulang, dan hasrat untuk mengembalikan mandat kepada rakyat sejurus setelah situasi Covid-19 terkawal tetap menjadi keutamaan. 4. Tetapi semua ini menjadi tergendala selagi Parlimen ditutup dan darurat menjadi penghalang kepada proses semak dan imbang. Jangankan soal membuktikan keabsahan majoriti Kerajaan PN, sedangkan bersidangpun tidak. Jangankan hendak melulus…

PAS Selangor sedia bertanding sekurang-kurangnya di 7 parlimen

KENYATAAN RASMI DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR 1. Alhamdulillah, hari ini merupakan penutup Jelajah #Youth4Green (#Y4G) setelah dimulakan sekitar 2 bulan lepas, bermula di Parlimen Kapar dan berakhir di Parlimen Bangi. 2. Pemuda PAS Selangor meneliti segala persiapan dan persediaan dalam menjayakan program #Y4G di peringkat Parlimen yang telah ditentukan dan Pemuda PAS Selangor merasa teruja dengan segala perancangan yang telah berjalan ini. 3. Persiapan ini jelas menunjukkan jentera Dewan Pemuda PAS yang terlibat benar-benar telah bersedia apabila perincian jentera mencapai melebihi 70 peratus persiapan PRU-15. Keputusan ini adalah lonjakan penting untuk memastikan semua Parlimen sasaran ini adalah sasaran yang realiti, bukan hanya omongan kosong! 4. Dengan ini, Pemuda PAS menegaskan bahawa PEMUDA PAS SELANGOR bersedia sepenuhnya untuk memenangkan sekurang-kurangnya 7 Parlimen ini untuk PRU-15. 1. Kapar P109 2. Shah Alam P108 3. Sg Buloh P107 4. Kuala Selangor P096 5. Hulu Langat P101 6. Kuala Langat P112 7. Bangi…

Kerajan sepenggal PPBM

Oleh Isham Jalil Semalam dalam satu wawancara, Tun Dr Mahathir berkata PPBM akan kalah dalam PRU akan datang tanpa sokongan UMNO. Dr Mahathir kata, “Dalam PRU akan datang kamu (PPBM) akan kalah, kerana UMNO tak sokong kamu.“ Sebelum ini beberapa bulan yang lalu saya telah kata perkara yang sama walaupun ada segelintir pemimpin UMNO yang tidak yakin dengan kemampuan parti sendiri dan berkata sebaliknya iaitu kononnya UMNO tidak boleh menang tanpa PPBM. Namun saya pasti hari ini tidak ramai yang percaya bahawa PPBM boleh menang banyak kerusi malah sebarang kerusipun jika mereka kekal dengan formula mereka untuk bertanding di kerusi-kerusi lompat dan juga mengekalkan jawatan Perdana Menteri kepada parti mereka. Hakikatnya mereka (PPBM) tidak ada akar umbi oleh itu tidak ada kekuatan politik dan sokongan rakyat untuk menang Pilihan raya. Apa yang ada pada mereka adalah jawatan dan sumber kerajaan yang diperolehi melalui pintu belakang dengan melompat parti. Namun demikian,…

Jika benar populariti Muhyiddin melonjak, segera bubar atau benarkan sidang parlimen

Walaupun melalui pelbagai tinjauan sebelum ini menunjukkan populariti atau penerimaan rakyat terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menurun, kajian terkini Merdeka Center pula menunjukkan rating Muhyiddin dianggap ‘stabil’ iaitu 67 peratus. Rating tertinggi ialah pada bulan Julai 2020 iaitu 74 peratus dan pada bulan Januari tahun ini pula ialah 63 peratus.  Rujuk pautan; https://www.malaysiakini.com/news/571889 Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, jika rating Muhyiddin sudah meningkat 4 peratus kepada 67 peratus maka wajar Perdana Menteri  menyambung sidang Parlimen atau terus membubarkan Parlimen dalam keadaan populariti sedang melonjak.  “Kalau tidak berani bubar, bermakna Perdana Menteri tidak percaya pada kajian tersebut.”  “Dengan pandemik Covid-19 semakin naik, ekonomi makin teruk, rakyat makin susah dan duit sudah habis adalah wajar kerajaan lebih stabil diberi mandat baru.” Bersatu dan Perikatan Nasional wajar menimbangkan perkara ini sebaik mungkin dan Muhyiddin pula tidak boleh mendengar sangat mereka di sekelilingnya yang ragu-ragu dengan Perdana…

UMNO sudah berusia 75 tahun, kenapa belum ‘mati’ lagi?

Oleh Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi  Hari ini UMNO menyambut Jubli Intan kerana genap berusia 75 tahun. Satu usia yang panjang. Tun Mahathir lebih tua daripada UMNO. UMNO hampir sebaya dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tetapi Bossku lebih muda daripada UMNO. Apapun, manusia tidak kira muda atau tua dia akan mati jika ajalnya sampai. Dia akan masuk kubur dan ditalqinkan. Tetapi nyawa UMNO tidak sama dengan nyawa manusia. Nyawa UMNO bergantung kepada perjuangannya. Jika majoriti ahli dan pemimpinnya istiqamah dengan perjuangan UMNO, parti kekal hidup dan disokong rakyat.  Jika perjuangan itu masih wujud, In sha Allah UMNO akan lebih tua daripada umur Tun Mahathir sekarang. UMNO tidak akan mati kerana faktor lain. Buatlah apa sahaja. Perjuangannya adalah nyawanya. Kalau yang berjuang jadi minoriti, UMNO akan mati. Sebab itu apabila UMNO diharamkan, ia tidak mati. Apabila UMNO terbelah dua (team A dan team B), UMNO tidak mati. Hatta bila UMNO hilang…

Hadi Awang beri amaran kepada penjawat awam, berhenti jika tidak sokong kerajaan

Oleh Tan Sri Shahrir Abdul Samad Sudah jelas bahawa pemimpin-pemimpin PAS sudahpun merasa selesa berada dalam kerajaan, iaitu dalam lain perkataan, sudah menjadi sebahagian pemerintah atau ‘establishment‘. Bukan sahaja mereka bersuara sebagai menteri tetapi juga bersungguh-sungguh sanggup menyerang pemimpin UMNO-BN seperti Datuk Seri Najib apabila dianggap mendesak dan menyusahkan kerajaan Perikatan Nasional.  Ahli Parlimen PAS sanggup menyifatkan hujahan DS Najib untuk meminta KWSP memudahkan lagi i-Sinar sebagai hikayat Puteri Gunung Ledang. Namun, keghairahan Ahli Parlimen itu menjadi sia-sia sahaja apabila dalam penuh kebijaksanaan, KWSP akhirnya bersetuju dengan saranan DS Najib. Selepas itu, Dewan Ulama PAS pula menegur penulisan DS Najib dalam Facebook. Ia berbentuk pembelaan secara terang-terangan terhadap usaha kerajaan Perikatan Nasional berdepan dengan wabak COVID 19. Daripada pembelaan oleh seorang Ahli Parlimen PAS hingga melibatkan Dewan Ulamanya, PAS memang bersungguh-sungguh berlagak sebagai pemerintah atau ‘establishment‘ PN. Apatah lagi apabila yang terkini, Presiden PAS sendiri memberi amaran yang tidak pernah…