Blogger Ahli PKR Diarah Bayar RM300,00 Kepada Rais - pakdin.my

Rais Yatim

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim pada Isnin, memperoleh ganti rugi sebanyak RM300,000 daripada seorang blogger, Azimudin Ahmat Amizudin Ahmat @ sharpshooter yang memfitnah beliau merogol pembantu rumahnya.

Ini gara-gara tulisannya dibawah tajuk Hei Pak Menteri…mana mau lari…yang disiarkan pada 28 Disember lalu.

Artikel diblognya itu telah disiarkan semula di laman web milik PAS Harakah Daily.
.
Pada 31 Januari lalu Rais fail saman fitnah terhadap Amizudin mendakwa artikel berkenaan berniat jahat memfitnahnya kerana membawa maksud yang beliau bersalah melakukan kesalahan serius iaitu merogol dan mampu membunuh pembantu rumahnya dari Indonesia.

Menteri berkenaan telah menafikan tuduhan itu.

Isu dakwaan hangat dimainkan oleh beberapa blog di negara ini dan juga dilaporkan oleh media Indonesia tidak lama dulu.

Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datin Zabariah Mohd Yusof juga memerintahkan agar Azimudin yang juga seorang ahli jawatankuasa sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) membayar kos RM100,000 kepada Rais.

UTAMABERITABlogger Ahli PKR Diarah Bayar RM300,00 Kepada Rais

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium