26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

BUKTI TUNTUTAN PULAU BATU PUTEH DI FAILKAN MALAYSIA DIDEDAH

HEBAT. Ini adalah bukti baru yang sangat kuat. Syabas AG Apandi Ali.

Pasti rakyat Singapura sakit kepala dengan tidak memberi kenyataan optimis seperti kebiasaannya sebelum ini.

20170210-batu-puteh-malaysia-dedah-bukti

————
BUKTI TUNTUTAN PULAU BATU PUTEH DI FAILKAN MALAYSIA DIDEDAHKAN

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan pasukannya telah memfailkan bukti baru dalam permohonan 2 Februari bagi semakan kehakiman terhadap penyerahan Pulau Batu Puteh kepada Singapura pada 2008 oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda.

Ia bagi membatalkan keputusan ICJ pada 23 Mei 2008 bahawa Singapura mempunyai kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh, manakala Batuan Tengah (Middle Rocks) dan Tubir Selatan (South Ledge) menjadi milik Malaysia.

Menurut South China Morning Post dalam satu artikel semalam, “bukti baru” Malaysia terdiri daripada surat oleh pegawai tinggi kolonial Singapura pada tahun 1958, satu laporan kejadian tentera laut pada tahun yang sama, dan peta Kota Singa pada tahun 1966.

Ia memetik dokumen mahkamah menyatakan bahawa bukti berkenaan ditemui semasa penyelidikan dijalankan oleh pasukan perundangan Malaysia di arkib British antara 4 Ogos tahun lepas dan 30 Januari tahun ini.

Artikel itu menyatakan bahawa mengikut pemfailan mahkamah, dokumen pertama ialah telegram sulit pada tahun 1958 yang dihantar oleh Gabenor Singapura kepada setiausaha negeri bagi tanah jajahan di London yang menunjukkan beliau “tidak menganggap pulau Pedra Branca / Pulau Batu Puteh sebahagian daripada wilayah Singapura”.

Dokumen kedua ialah laporan kejadian tentera laut, yang dialamatkan kepada Gabenor Singapura, yang berkata kapal tentera laut British tidak dapat membantu kapal Malaysia yang diikuti kapal perang Indonesia kerana ia “masih dalam perairan wilayah Johor”.

Artikel ketiga adalah peta bertarikh 1962 tetapi ditanda bertarikh Februari 1966 menunjukkan perairan Singapura “bukan di persekitaran Pedra Branca / Pulau Batu Puteh”.

Laporan itu menyatakan bahawa pegawai-pegawai Singapura berkata mereka mengkaji permohonan Malaysia dan telah mengumpulkan satu pasukan peguam pada 2008.

Singapura mencapai kemerdekaan daripada Persekutuan Malaysia pada 9 Ogos 1965.

Pertikaian ke atas pulau itu yang menduduki kedudukan strategik di perairan dan laluan laut antarabangsa, bermula di antara kedua-dua negara sekitar 1979, ketika Malaysia menerbitkan sebuah peta yang menunjukkan pulau itu sebagai wilayahnya.

Pulau Batu Puteh adalah lebih kurang 40 km dari Singapura dan 19 km dari pantai Johor. Rumah Api Horsburgh dibina dan dikendalikan oleh British pada tahun 1851, dan kemudian dikekalkan oleh pegawai-pegawai Singapura.

Berita Berkaitan

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden Warisan beri alasan ini semua salah BN. Tahun 2019: Pertumbuhan ekonomi...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden Warisan beri alasan ini semua salah BN. Tahun 2019: Pertumbuhan ekonomi...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan