HULU SELANGOR – Dua remaja lelaki maut manakala rakan mereka cedera apabila motosikal yang dinaiki mereka bertiga bertembung sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat dekat Taman Adenium, Bukit Beruntung, Hulu Selangor, awal pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.50 pagi itu, J. Jeganraj dan K. Sasi Dharan, masing-masing berusia 16 tahun, maut di tempat kejadian manakala mangsa ketiga yang cedera parah hanya dikenali sebagai Arun, 18.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt R. Supramaniam berkata motosikal ditunggang Jeganraj bersama dua lagi rakannya bertembung kereta jenis Toyota Vios yang dipandu lelaki berusia 26 tahun.
“Akibat pertembungan itu, ketiga-tiga mangsa terpelanting ke kiri jalan. Pemandu kereta hanya mengalami cedera ringan,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Supramaniam berkata kedua-dua mayat dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat manakala mangsa yang cedera juga dihantar ke hospital sama bagi menerima rawatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu kenderaan dengan cara berbahaya sehingga menyebabkan kematian, katanya.
Dua maut, nahas di Bukit Beruntung https://t.co/qTe9DiW5eh
Dua maut, nahas di Bukit Beruntung https://t.co/UVNWWiYAIz
Dua maut, nahas di Bukit Beruntung: HULU SELANGOR – Dua remaja lelaki maut manakala rakan mereka cedera apabi… https://t.co/tREcCqrYlJ
Dua maut, nahas di Bukit Beruntung https://t.co/eK2iSq8Cnk
Hilmy A Raffar liked this on Facebook.
Aca Aszrin liked this on Facebook.
Hamidah Jamaludin liked this on Facebook.
Zaitun Yaacob liked this on Facebook.
Dua maut, nahas di Bukit Beruntung: HULU SELANGOR – Dua remaja lelaki maut manakala rakan mereka cedera apabi… https://t.co/IJH8fVKzjm
Pokcik Bambino liked this on Facebook.
Mohd Zaini Lajis liked this on Facebook.
Mardiah Binti Sabri liked this on Facebook.
Elias Yaakob liked this on Facebook.
Man Ringgo Kamaruszaman Ibrahim liked this on Facebook.
Kamaruszaman Hj Ibrahim Manringgo liked this on Facebook.