Isu Pasir Di Selangor Semakin Hura-Hara – @Khalid_Ibrahim Tak Terkawal - pakdin.my

Kawasan melombong pasir seluas 120 hektar yang telah dikorek sebanyak 20 hektar dengan kedalaman 26.6 meter Kawasan itu terletak kira-kira 16.6 meter berhampiran kawasan hutan simpan rekreasi Paya Indah Wetland.

Kecurian pasir di Selangor dijangka terus berleluasa kerana pembekal tunggal yang dilesenkan sukar untuk memenuhi permintaan industri pembinaan yang telah membeli daripada sumber-sumber yang boleh dipersoalkan tetapi dengan harga yang lebih murah.

Pelombong haram, yang menceroboh tanah kerajaan, dipercayai menjual dari RM14 hingga RM15 untuk satu tan pasir, berbanding dengan RM17.50 hingga RM20 yang dikenakan oleh syarikat milik kerajaan negeri Kumpulan Semesta Sdn Bhd.

Ketika terbabit dengan “perang yang tidak diisytiharkan” dengan operator haram, Semesta juga terlibat dalam persaingan sengit syarikat di bawah kawalan kerajaan yang tersenarai di bursa saham, Kumpulan Hartanah Selangor Berhad.

Semesta, yang ditubuhkan oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim pada 2008, mencatatkan keuntungan RM7 juta dalam masa satu tahun sahaja, tetapi sumber menyatakan bahawa jumlah ini adalah perbelanjaan KHSB.

Pegawai KHSB yang berang dengan perkara ini memberitahu The Star mereka perlu menerima kira-kira RM630,000 dari Semesta untuk melombong pasir di tapak seluas di Dengkil sedangkan mereka patut menerima sebanyak RM2.6 juta.

Sumber ini berkata KHSB telah dipaksa memberi kelulusan kepada Semesta untuk mengekstrak pasir dari tapak kepunyaan mereka pada kadar RM4.50 untuk satu tan pasir.

“KHSB ialah syarikat yang tersenarai di bursa awam walaupun kerajaan negeri mengawalnya. Ini sudah tentu tidak baik untuk kepentingan rakyat,” kata penganalisis industri.

KHSB adalah harta milik Kumpulan Darul Ehsan Bhd, syarikat pelaburan milik Kerajaan Selangor.

Menurut sumber, kadar ‘pilih kasih’ yang ditetapkan dan penyalahgunaan kuasa perlu diletakkan di bawah tanggungjawab Khalid kerana Semesta ditubuhkan oleh beliau.

Syarikat perlombongan pasir dan mineral menjadi telah menjadi isu dan ketidak puasan hati disebabkan layanan tidak setimpal yang diterima dan bonus diberikan hanya dikira beberapa bulan selepas ia dimulakan.

Mengulas perlombongan di Dengkil, sumber berkata:

“Semesta melombong pasir tanpa persetujuan KHSB dan sebenarnya tanpa sebarang perjanjian.”

Apabila KHSN mengugut untuk mengambil tindakan, Menteri Besar telah campur tangan dan berkata Semesta hanya perlu membayar RM630,968 – dengan memetik dasar perlombongan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) hanya mendapat lapan peratus daripada harga jualan tanah.

“Kami tak pernah dengan polisi seperti itu dan masih tidak nampak di mana logiknya,” kata seorang pegawai.

UTAMABERITAIsu Pasir Di Selangor Semakin Hura-Hara - @Khalid_Ibrahim Tak Terkawal

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium