Statistik Corona

Malaysia
2,142,924
Confirmed
Updated on September 22, 2021 23:01 11:01 pm
Malaysia
1,917,085
Recovered
Updated on September 22, 2021 23:01 11:01 pm
Malaysia
201,274
Active
Updated on September 22, 2021 23:01 11:01 pm
Malaysia
24,565
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,198,678
Confirmed
Updated on September 22, 2021 23:01 11:01 pm
Indonesia
4,008,062
Recovered
Updated on September 22, 2021 23:01 11:01 pm
Indonesia
140,954
Deaths
Updated on September 22, 2021 23:01 11:01 pm

Thailand

Thailand
1,511,357
Confirmed
Updated on September 22, 2021 23:01 11:01 pm
Thailand
1,366,533
Recovered
Updated on September 22, 2021 23:01 11:01 pm
Thailand
15,753
Deaths
Updated on September 22, 2021 23:01 11:01 pm

Global

All countries
230,803,836
Confirmed
Updated on September 22, 2021 23:01 11:01 pm
All countries
205,780,532
Recovered
Updated on September 22, 2021 23:01 11:01 pm
All countries
4,731,091
Deaths
Updated on September 22, 2021 23:01 11:01 pm

Jenazah Pendaki Malaysia Dijangka Dibawa Pulang Ke Malaysia Esok

Allahyarham Mohamad Shahrulnizam Ahmad Nazari
Allahyarham Mohamad Shahrulnizam Ahmad Nazari

Jenazah penolong jurutera Perbadanan Putrajaya (PPj), Mohamad Shahrulnizam Ahmad Nazari yang meninggal dunia ketika menyertai ekspedisi mendaki Gunung Kala Pathar dan Everest Base Camp di Kathmandu, Nepal dijangka diterbangkan ke Malaysia esok (Khamis).

Timbalan Pengarah Kanan Perhubungan Awam PPj, Zaharah Salamat berkata, jenazah Allahyarham berjaya dibawa ke Lukla pukul 3 petang Selasa (5.15 petang waktu Malaysia) namun tidak dapat diterbangkan ke Kathmandu berikutan cuaca yang berkabus serta batasan pergerakan trafik udara berikutan kedudukan di lereng gunung.

“Penghantaran pulang jenazah Allahyarham dijangka dapat dilaksanakan esok (Khamis) sekiranya jenazah selamat sampai di Kathamandu hari ini.

“Pihak Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu akan menggunakan penerbangan alternatif sekiranya usaha untuk menghantar jenazah menggunakan MAS yang dijadualkan pada 12.20 tengah hari esoknya tidak berjaya,” katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu.

Zaharah berkata, kesemua 13 peserta ekspedisi lain kini dilapor berada dilaluan turun di kawasan Dingboche (berhampiran Periche).

Mohamad Shahrulnizam, 25, meninggal dunia pukul 7.15 malam waktu Malaysia pada Isnin ketika di Labuche dalam perjalanan ke Everest Base Camp selepas diserang penyakit akut gunung (AMS).

Ekpedisi yang bermula pada 27 Mei itu disertai 14 pendaki (11 lelaki dan tiga wanita) mewakili Kelab Rekreasi Sukan dan Kebajikan PPj.

Kumpulan ekspedisi berkenaan dijangka pulang pada 10 Jun ini.

Berkaitan