Kalimah Allah: Cubaan pecah belah Melayu dengan pribumi Sabah, Sarawak - pakdin.my

Al Kitab
Al Kitab

Isu kalimah Allah yang sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu di negara ini bertujuan untuk memecahbelahkan orang Melayu dengan pribumi Sabah dan Sarawak demi cita-cita politik, kata bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamed.

“Mereka menimbulkan isu penggunaan kalimah Allah. Tujuan politik.mereka untuk memecahbelahkan orang Melayu dengan pribumi Sabah dan Sarawak,” tegas Abdul Hamid.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Hak Asasi Manusia: Dari Perspektif Tradisi Islam dan Pelembagaan Malaysia’ pada Forum Kebangsaan Hak Asasi Kemanusiaan Dalam Tradisi Islam di Pusat Islam di sini hari ini.

Forum yang dirasmikan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu anjuran bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Wilayah Dakwah Islamiah Malaysia.

Selain itu, Abdul Hamid berkata, penggunaan kalimah Allah dilihat sebagai taktik baru untuk mengkristiankan orang Melayu.

“Selama 500 tahun Kristian bertapak di Malaysia mereka tidak pernah mengatakan Allah sebagai Tuhan mereka. Sekarang pula mereka mahu menggunakan. Apa tujuannya?

“Jika mereka benar telah insaf bahawa Allah tuhan mereka, kenapa mereka tidak meminta Pope di Vatican mengisytiharkan bahawa tuhan Kristian adalah Allah?” tanya Abdul Hamid.

Abdul Hamid berkata, jika orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak tidak mahu hak mereka terhakis maka mereka perlu bersama-sama dalam mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

UTAMAGAYA HIDUPAGAMAKalimah Allah: Cubaan pecah belah Melayu dengan pribumi Sabah, Sarawak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium