24.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, November 28, 2020

Kemalangan Bas Persiaran: Polis Kesan Pemilik Lori

Sebiji tayar yang dikaitkan dengan kejadian kemalangan di kilometer 326.3 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan) berhampiran susur masuk ke Tol Tapah awal pagi tadi.
Sebiji tayar yang dikaitkan dengan kejadian kemalangan di kilometer 326.3 Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan) berhampiran susur masuk ke Tol Tapah awal pagi tadi.

Polis trafik kini sedang mengesan tayar lori milik siapa yang menjadi punca berlakunya kemalangan maut melibatkan sebuah bas persiaran berhampiran Tapah pada awal pagi Khamis.

Timbalan Ketua Polis Trafik Bukit Aman, Mahamad Akhir Darus berkata anggotanya yang berada di Tapah kini sedang menyiasat daripada mana datangya tayar berkenaan.

“Pegawai penyiasat kami di Tapah sedang menyiasat namun berdasarkan daripada saiz tayar berkenaan dipercayai milik sebuah lori.

“Jika kita dapat membuktikan daripada mana datangya tayar berkenaan, pemiliknya akan dikenakan denda sebanyak RM300 atas kesalahan di bawah Perkara 19, Peraturan Lalu Lintas 1959 kerana membawa muatan berlebihan hingga jatuh daripada kenderaan,” katanya kepada pemberita di Bukit Aman pada Jumaat.

Mengulas mengenai kemalangan bas persiaran tersebut, Mahamad berkata pemandu bas tersebut mempunyai tiga saman tertunggak dan satu waran tangkap yang dikeluarkan atas salah satu kesalahan yang dilakukannya.

“Berdasarkan rekod kami, saman yang tertunggak yang dihadapinya adalah atas kesalahan menghalang laluan trafik dengan motosikal, menggunakan telefon bimbit ketika memandu serta memandu melebihi had laju

“Waran tangkap yang dikeluarkan atas kesalahan menggunakan telefon bimbit ketika memandu,” katanya.

Pada Khamis, sebuah bas persiaran terlibat dengan kemalangan maut di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) hingga mengorbankan lapan nyawa.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila bas persiaran itu yang membawa 30 penumpang dari Kuala Kurau dan Parit Buntar, Perak ke Genting Highlands, cuba mengelak sebuah tayar lori di tengah jalan sebelum terbabas ke dalam parit lalu terbakar di Kilometer 326.3 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Plaza Tol Tapah kira-kira 1.15 pagi.

Berita Berkaitan

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...