27.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2020

Kertas Siasatan Wanita Amuk Di Putrajaya Diserah Kepada Pendakwa Raya Hari Ini

Polis akan mengemukakan kertas siasatan berhubung rakan wanita Khalil Afandi Abdul Hamid, Muhdalinan Ahmad yang turut bersamanya mengamuk di perkarangan Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) Putrajaya Isnin lepas, kepada pihak pendakwa raya pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid berkata keputusan sama ada untuk mendakwa wanita itu di mahkamah akan diputuskan oleh pihak pendakwa raya.


Wanita itu masih dirawat di Hospital Putrajaya kerana kecederaan di paha kanan kerana terkena tembakan dalam kejadian amuk itu, katanya kepada pemberita pada kejohanan boling Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras di sini, Ahad.

Pada Isnin lepas, Khalil Afandi yang mengaku dirinya Imam Mahadi bersama wanita itu dengan bersenjatakan dua bilah pedang samurai dan sebilah pisau pemotong daging mengamuk di perkarangan Kompleks B, JPM di Putrajaya.


Dalam kejadian 2.30 petang itu, Khalil Afandi mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari, manakala wanita berkenaan, bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama.


Susulan itu, polis menahan reman seorang lelaki yang merupakan rakan kepada Khalil Afandi yang beralamat di Taman Medan, Petaling Jaya Selatan.

Berita Berkaitan

Tak perlu isytihar darurat, kata Agong

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, tiada keperluan mengisytiharkan darurat di...

Siapa penumpang helikopter?

Kehadiran sebuah helikopter yang mendarat di pekarangan Istana Negara, di sini, menimbulkan tanda tanya...

Darurat: Raja-Raja Melayu bermesyuarat esok

Sembilan Raja-Raja Melayu dan empat Yang di-Pertua Negeri di Malaysia dijadualkan mengadakan pertemuan khas...

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan