Wednesday, June 23, 2021
POLITIKKhalid Ibrahim adakan sidang akhbar 4 petang ini

Khalid Ibrahim adakan sidang akhbar 4 petang ini

khalid-munkin-bubar-dun

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijadual mengadakan sidang akhbar berkaitan krisis jawatan Menteri Besar Selangor pukul 4 petang ini.

Abdul Khalid yang ditemui di lobi Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor ketika memasuki pejabatnya menyatakan demikian kepada pihak media berhubung perkara tersebut.

Abdul Khalid tiba serentak dengan Exco Pendidikan dan Pendidikan Tinggi, Pembangunan Modal Insan, Dr. Halimah Ali di Bangunan SUK pada pukul 9.10 pagi.

Beliau yang bersut kemas berwarna gelap kelihatan bersahaja dan tersenyum ketika diekori oleh media yang menunggu seawal pukul 8.30 pagi.

Abdul Khalid turut mempamerkan sikap `sporting’ dengan menunjukkan isyarat bagus apabila jurugambar meminta beliau berbuat demikian.

 

Berkaitan:

Terkini

Popular

Video

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here