24.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 20, 2021

Lim Guan Eng Perlu Perjelas Isu Tuntutan Perubatan Mat Sabu

 

Ini pula isu tuntutan perubatan Mat Sabu dari Perbadanan Bekalan Air, P-B-A Pulau Pinang yang didakwa tidak layak membuat tuntutan dan juga melebihi kos sebenarnya.

Timbalan Pengerusi UMNO Pulau Pinang menyelar Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana terus membisu – tidak mahu menjawab dakwaan penyelewengan dalam anak syarikat kerajaan negeri itu.

 

Menurut Datuk Musa Sheikh Fadzir, isu berkenaan perlu dijelaskan Guan Eng sendiri selaku Pengerusi P-B-A, dan bukannya cuba lari daripada tanggungjawab dengan mengarahkan pengurus besar P-B-A membuat kenyataan – yang juga tidak berlaku sehingga hari ini.

DATUK MUSA SHEIKH FADZIR / TIMBALAN PENGERUSI UMNO P.PINANG

“Saya hairan mengapa Guan Eng suruh Jasni buat kenyataan sebab pengurus besar hanya jaga pengurusan sebaliknya yang buat tuntutan ialah ahli lembaga pengarah. Jadi patut Guan Eng sebagai Pengerusi PBA perlu jelaskan apa sebenarnya berlaku dan bagaimana tuntutan dibuat”.

Selain tuntutan perubatan melebihi kos sebenar, kelayakan Mat Sabu sebagai ahli lembaga pengarah untuk membuat tuntutan akibat kecederaan dialami kerana menyertai aktiviti haram, turut dipertikai.

DATUK MUSA SHEIKH FADZIR / TIMBALAN PENGERUSI UMNO P.PINANG

“Setahu saya mengikut CA PBA seksyen 26 kurungan 4b, kecederaan yang dialami masa sertai aktiviti haram tak boleh tuntut. Jadi saya nak tanya kalau pekerja tak boleh tuntut kenapa pula ahli lembaga pengarah boleh tuntut? Saya tak mau rakyat P.Pinang ditipu sebab Guan Eng ini kalau orang lain buat salah jadi juara tapi orang lain tuduh dia membisu tak mau cakap”.

Justeru, beliau meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia segera menyiasat dakwaan berkenaan kerana membabitkan wang rakyat Pulau Pinang.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.