32.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 21, 2020

LRT3 pun ada isu pekerja diberhentikan

Ketika isu kehilangan pekerjaan membelenggu pekerja projek Transit Aliran Massa 2 (MRT2), kejadian sama sebenarnya telah berlaku kepada pekerja projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di mana ada antara mereka telah diberhentikan sementara.

Menurut sumber dalaman projek terbabit, masalah tersebut bermula selepas kerajaan mengkaji semula projek berkenaan menyebabkan ada kerja-kerja perlu dihentikan sementara menanti skop kerja baharu.

“Bagaimanapun sampai sekarang belum dimaklumkan skop kerja baharu walaupun dah masuk tiga bulan. Ini menyebabkan pekerja tidak boleh balik bekerja.

“Sebenarnya, LRT3 impaknya sama sahaja. Ada antara kami dibuang kerja, tetapi masalah ini senyap sahaja tidak kecoh sedangkan ramai dah dibuang kerja,”

Sebelum ini, Kementerian Kewangan mengumumkan projek LRT3 dengan jarak sepanjang 37 kilometer dari Johan Setia, Klang ke Bandar Utama, Petaling Jaya akan diteruskan namun pada kos yang lebih rendah, iaitu RM16.63 bilion, berkurangan 47 peratus berbanding kos asal RM31.65 bilion.

Penjimatan bernilai RM15 bilion itu bukan sahaja penting dalam konteks pengurangan hutang negara, malah juga bakal memberi penjimatan tambahan bernilai RM14 bilion khususnya dalam kos 0 faedah sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman kewangan.

Mengulas lanjut, sumber terbabit memberitahu beberapa tapak projek seperti Klang, Shah Alam dan Damansara telah ditutup dan hanya aktiviti ‘underground’ sahaja yang beroperasi.

“Sekarang semua masih menunggu sebab tidak ada maklumat tentang bila kerja sambung semula. Tidak pasti bila, boleh jadi enam bulan dan boleh jadi setahun. Kami sendiri tidak boleh buat apa-apa,” tambahnya.






Berita Berkaitan

Kamulah punca sistem negara ini rosak, kata Ramkarpal kepada Mahathir

Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP Ramkarpal Singh menyatakan kekesalannya bekerjasama dengan Dr Mahathir...

Azmin dan Hamzah Zainudin katak lompat yang gila kuasa, kata MT Umno

Anggota Majlis Tertinggi Umno menyindir dua pemimpin kanan Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali...

Pertemuan Pemimpin PN Gagal Hasilkan Keputusan

Perbincangan wakil tiga parti utama kerajaan Perikatan Nasional – UMNO, PAS dan PBBM, sabtu...

UMNO, Pas setuju Muafakat Nasional didaftar secara rasmi

UMNO dan Pas mencapai persetujuan untuk mendaftarkan Muafakat Nasional (MN) secara rasmi dengan Pendaftaran...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan