32.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 20, 2020

NGO Semakin Menyokong Transformasi Kerajaan – @NajibRazak

GEORGE TOWN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad berkata pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum India dan Cina kini menunjukkan sikap terbuka untuk menjalin hubungan dengan Barisan Nasional (BN).

Katanya sikap terbuka itu adalah kerana mereka mula menyokong dasar transformasi kerajaan yang memberi ruang kepada rakyat untuk memberi pandangan dan sumbangan.

“Saya boleh dapat gambaran (menerusi perjumpaan dengan NGO) akan apa yang penting bagi mereka, apa yang boleh dipertimbang kerajaan berdasarkan kepada peranan yang ‘impactful’ ataupun yang ada kesan oleh NGO berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri dua perjumpaan tertutup dengan NGO yang mewakili kaum India dan Cina anjuran Kelab Penyokong 1Malaysia di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini Ahad.

Perdana Menteri berkata menerusi perjumpaan dengan NGO, mereka juga memberi pandangan tertentu untuk menambah baik dasar kerajaan.

“Menjadi hasrat saya untuk menghadiri pertemuan seumpama ini bagi mendapatkan pandangan dan cadangan untuk dipertimbangkan oleh kerajaan,” kata beliau.

Menjawab soalan mengenai tahap sokongan rakyat terhadap BN sekarang, Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata BN akan berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan sokongan rakyat dan beliau menghargai semangat baru yang ditonjolkan oleh rakyat.

Beliau berkata pada perjumpaan di Nibong Tebal di sebelah pagi, kira-kira 5,000 penyokong BN menunjukkan komitmen yang tinggi dalam mengembalikan sokongan rakyat di negeri ini kepada BN.

Najib berkata BN akan terus berkomunikasi dengan rakyat di Pulau Pinang bagi menjelaskan bahawa kejayaan negeri ini adalah hasil usaha yang dilakukan oleh kerajaan BN sebelum itu.

“Infrastruktur yang telah kita bina selama ini termasuk juga jumlah pelaburan ialah kerana ‘reinvestment’ yang dilakukan oleh firma-firma yang telah wujud di negeri ini kerana usaha yng dilakukan oleh kerajaan BN. Jadi kita akan bentangkan kepada rakyat apa yang telah kita lakukan dan rakyat boleh menilai,” katanya.

Mengenai perkembangan senarai bakal calon BN untuk pilihan raya umum ke-13, Perdana Menteri berkata BN masih menerima senarai nama yang hendak dicadangkan oleh parti komponen masing-masing.

Katanya BN Pulau Pinang diberi masa untuk mengatur strategi baru dengan pelantikan Setiausaha Agung parti Gerakan Teng Chang Yeow sebagai Pengerusi BN negeri yang baharu.

Berita Berkaitan

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Boleh simpan YB belot, tetapi kerusi PRU milik parti dahulu

“Kamu boleh simpan YB (ahli Parlimen) belot, tetapi kerusi (pilihan raya) tetap milik parti dimenangi dahulu.” Demikian kenyataan tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri...
00:02:21

[Video] RPK Dakwa Mahathir Bakal Hilang RM100 Billion Jika Mukhriz Tidak Jadi PM

Ketika Mahathir dan kuncunya menaburkan dedak untuk mengutuk 1MDB bagi dimamah oleh penyokong dan kepada rakyat, ramai tidak tahu kisah sebenar Mahathir mahu menumbangkan...

Apa Salahnya Pulau Pinang Jadi Bandar Kristian? – Dr Ariffin Omar

(menara.my) – Senator lantikan parti DAP, Senator Dr. Ariffin S.M Omar berpandangan bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan jika Pulau Pinang menjadi Bandar Kristian....

6 Ahli parlimen PAN akan umum keluar parti sertai PPBM?

Seramai enam orang ahli parlimen Parti Amanah Negara (PAN) dijangka akan menyertai menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam masa terdekat. Menurut sumber mereka memilih...

[Video] PPBM setuju sertai Muafakat Nasional

Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mengumumkan parti pimpinannya bersetuju menyertai Muafakat Nasional (MN), kerjasama antara Umno dan PAS. Beliau dalam satu rakaman video berkata, ia adalah...

Ekonomi negara jatuh berbanding kebanyakan negara dunia kerana salah urus

Bila bon Kerajaan Malaysia tidak lagi berada dalam indeks global, pelabur asing yang melabur dalam bon kerajaan terpaksa menjual dan membawa keluar duit mereka untuk melabur di dalam bon negara lain yang berada dalam indeks tersebut.

Lim Kang Hoo dari The Loaf ke Bandar Malaysia

Namun begitu sebuah syarikat bernama Ekovest Berhad melalui sebuah syarikat subsidiari mereka Duke Dining Sdn Bhd telah membeli keseluruhan saham The Loaf dan merancang untuk menghidupkan semula rangkaian bistro tersebut bermula tahun ini.

Mahathir dimalukan netizen di Facebook Perdana Menteri Pakistan

Kemeriahan sambutan luar biasa ke atas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sempena lawatan negara ke Pakistan itu sedikit mendatangkan kecacatan apabila ruangan komen facebook Imran Khan dihujani dengan ribuan komen daripada rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan pimpinan Dr Mahathir sejak kembali menawan Putrajaya.

Komen

..

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...

Najib persoal rekod bersih Warisan berkait projek jalan RM1.4 bilion

Bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan rekod Warisan Plus sebagai kerajaan yang bersih dan telus sekali gus menuntut jawapan mengenai cara bagaimana kontrak projek...

Ekonomi Sabah menjunam dibawah Warisan kata Najib

Saya amat kagum dengan jawapan tipu diberi Shafie Apdal bahawa ekonomi Sabah merosot sejak mereka ambil alih pada tahun 2018 adalah salah kerajaan BN...

#PRNSabah: ‘Hukum kami jika mungkir janji’

Pentadbiran negeri di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dibarisi Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) sedia dihukum rakyat...

Najib cemuh Warisan isu janji manifesto

Bekas perdana menteri Najib Razak mencemuh Warisan selepas Presiden Shafie Apdal mempertikaikan dapatkah atau bolehkah manifesto Gabungan Rakyat Sabah dilaksanakan dan dicapai. Najib berkata manifesto...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,344PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...