Noriah Kasnon Dilantik Timb Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat @Noriah_Kasnon - pakdin.my

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Noriah Kasnon akan dipindahkan ke Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebagai timbalan menteri yang berkuat kuasa pada Selasa.

Ia berikutan dengan pelepasan jawatan bekas timbalan menteri dan naib pengerusi Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie selepas tempoh senatornya berakhir pada Khamis lepas.

Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, Heng akan dikekalkan di kementerian itu sebagai penasihat.

“Sebagai penghargaan kepada pengalaman dan perkhidmatannya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju untuk melantik beliau sebagai penasihat untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,” kata Ali.

Heng dilantik sebagai senator pada 16 November 2006.

Mengikut Perkara 45(3) dan (3A) Perlembagaan Persekutuan, pelantikan seseorang Ahli Dewan Negara untuk satu penggal ialah selama tiga tahun dan tidak boleh memegang jawatan lebih daripada dua penggal sama ada secara terus menerus atau terputus-putus.

UTAMABERITANoriah Kasnon Dilantik Timb Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat @Noriah_Kasnon

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium