31.8 C
Kuala Lumpur
Monday, September 21, 2020

PAU 2016: TERGUGATKAH UMNO DENGAN PENUBUHAN LEBIH BANYAK PARTI MELAYU?

Perhimpunan Agung Umno 2016, pada penghujung bulan ini akan berlangsung dalam keadaan agak luar biasa apabila dua kerusi barisan kepimpinan utamanya kosong, ekoran masing-masing yang dipecat dan keluar parti.

Saban tahun perhimpunan agung parti terbesar yang dianggotai 3.5 juta orang Melayu ini menjadi tumpuan pemerhati politik dan kali ini, Perhimpunan Agung Umno 2016 dilihat luar daripada kebiasaaan berikutan perkembangan terkini yang berlaku dalam parti.

Bukan sahaja melibatkan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat daripada jawatan Timbalan Presiden Umno pada 24 Jun dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang merupakan Naib Presiden keluar parti 4 Julai lepas, ia turut membabitkan beberapa pemimpin bahagian dan akar umbi yang tidak lagi bersama parti.

Landskap politik tanah air berubah selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dan ia menyaksikan penubuhan parti-parti politik baharu di samping penjenamaan semula parti sedia ada, ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Dua daripadanya ditubuhkan atas dasar tidak berpuas hati dengan kepimpinan Umno.

Sebuah lagi parti pula ditubuhkan selepas sekumpulan pemimpin yang sebelum ini menerajui saf kepimpinan dalam PAS tersingkir dalam pemilihan pada Muktamar 2015.

Selain Umno, terdapat dua lagi parti berasaskan Melayu sedia ada di negara ini iaitu PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kini jumlahnya menjadi enam kesemuanya dengan wujudnya Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Warisan Sabah (PWS – parti yang diasaskan di Sabah).

Selain Amanah, yang merupakan parti yang dijenamakan semula daripada Parti Pekerja-Pekerja Malaysia, PWS juga merupakan parti yang turut melalui penjenamaan semula selepas Mohd Shafie mengambil alih Parti Pembangunan Warisan Sabah (PPWS).

Walaupun PPBM dan PWS mengisytiharkan mereka adalah parti berbilang bangsa, namun penubuhan awalnya adalah berasaskan daripada sokongan segelintir orang Melayu dan bumiputera Sabah.

Dengan pertambahan parti-parti politik kini yang meraikan demokrasi, cabaran yang dihadapi Umno kini bukan lagi seperti biasa malah memerlukan parti itu bekerja lebih kuat dan luar biasa bagi memastikan sokongan pengundi khususnya orang Melayu sekurang-kurangnya ditahap kekal atau bertambah pada pilihan raya umum akan datang.

TERGUGATKAH UMNO?

Persoalannya, tergugatkah Umno dengan penubuhan lebih banyak parti berasaskan Melayu dewasa ini?

Penganalisis politik daripada Universiti Teknologi Mara cawangan Jengka, Pahang Che Hamdan Che Mohd Razali berkata sedikit sebanyak penubuhan parti baharu berkenaan memberi kesan kepada Umno.

“Selain daripada Parti Amanah, kedua-dua parti baharu ini iaitu PPBM dan PWS merupakan serpihan kepada Umno. Maka daripada segi sokongan, pengaruh dan kekuatan ia sedikit sebanyak terjejas kerana aktivis-aktivis parti di dalamnya adalah dari Umno.

“Lebih membimbangkan lagi, mereka yang terdiri daripada bekas pemimpin Umno ini juga mempunyai pengalaman yang lama dalam parti. Segenap kelebihan dan kelemahan Umno mungkin akan dipergunakan untuk survival agenda politik mereka,” katanya kepada Bernama di sini.

Justeru, katanya penubuhan parti-parti baharu ini akan menjadi satu cabaran yang besar kepada Umno yang kini sedang diserang dengan pelbagai isu oleh pembangkang.

Pun begitu, beliau berkata kemampuan Umno dalam menghadapi saingan parti-parti politik khususnya yang mewakili orang Melayu sangat bergantung kepada sokongan akar umbi.

“Umno tidak boleh terlalu bergantung kepada kata-kata manis daripada pemimpin peringkat bahagian dan cawangan kerana kadang-kadang pimpinan atasan Umno mendapat maklumat dan gambaran yang kosmetik tentang situasi di akar umbi.

“Natijahnya, sering kali terdapat salah faham sehingga menyebabkan kegagalan dalam menangani isu-isu penting. Oleh itu, perlu diberikan penekanan tentang peranan sebenar agen perubahan di peringkat bawah agar dapat berfungsi dalam memberikan penerangan dan meningkatkan solidariti ahli Umno secara khusus dan rakyat awam secara umum,” katanya.

Presiden Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) Prof Datuk Dr Mohd Idrus Mohd Masirin berpendapat penubuhan parti-parti baharu itu memberi kesan terhadap sokongan rakyat dan pengaruh Umno kepada pengundi bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Kepimpinan Umno harus melihat perkembangan ini sebagai satu cabaran kepada parti, katanya, sambil menegaskan bahawa kekuatan Umno banyak bergantung kepada semangat dan kejituan kebolehpercayaan terhadap kepimpinan parti dalam kalangan anggotanya.

“Saya berpendapat, sudah sampai masanya Umno kembali kepada perjuangan asalnya iaitu Umno untuk Melayu yang mana jika Umno gagal membela nasib orang Melayu, maka parti lain akan mengambil alih fungsi ini dan perjuangan Umno akan terjejas dan menjadi semakin tidak relevan,” katanya.

TUMPUAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2016

Landskap politik hari ini memerlukan Umno menawarkan politik yang mampu memberi keyakinan dan harapan kepada seluruh rakyat khususnya generasi Y dan Z.

Seiring dengan perubahan masa, pendekatan lama yang diamalkan termasuk memainkan sentimen sejarah tidak lagi berkesan dalam usaha parti untuk menarik sokongan dan minat generasi berkenaan.

Bagi tujuan itu, Che Hamdan berkata beberapa perkara perlu diberi perhatian dalam perhimpunan tahunan Umno kali ini, iaitu antara lain berkaitan dengan keperluan untuk membersihkan parti daripada kelompok yang cuba untuk menjatuhkan kredibiliti pemimpin dan parti.

“Selain itu, gerak kerja bagi menghadapi cabaran pilihan raya juga perlu diberikan perhatian yang cukup mendalam dan sewajarnya dan yang paling penting, tumpuan ke arah memahami masalah rakyat keseluruhannya.

“Seterusnya, menyusun strategi bagi membantu pihak kerajaan dalam memberikan sistem sokongan dan jaringan sosial kepada kelompok berpendapatan pertengahan dan bawahan hendaklah menjadi agenda utama,” katanya.

Bagi Mohd Idrus, perhimpunan itu dijangka membahaskan isu-isu berkaitan kepimpinan parti, ekonomi semasa negara dan juga ancaman kepada keamanan serta keharmonian negara.

Perhimpunan Agung Umno 2016 akan berlangsung pada 29 November hingga 3 Disember di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Berita Berkaitan

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.

Mahathir cadang cukai bagi perniagaan online

“Perniagaan dalam talian yang berurusan secara terus telah menyebabkan perniagaan konvensional terjejas dan kutipan cukai perniagaan juga berkurangan.

Boleh simpan YB belot, tetapi kerusi PRU milik parti dahulu

“Kamu boleh simpan YB (ahli Parlimen) belot, tetapi kerusi (pilihan raya) tetap milik parti dimenangi dahulu.” Demikian kenyataan tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri...
00:02:21

[Video] RPK Dakwa Mahathir Bakal Hilang RM100 Billion Jika Mukhriz Tidak Jadi PM

Ketika Mahathir dan kuncunya menaburkan dedak untuk mengutuk 1MDB bagi dimamah oleh penyokong dan kepada rakyat, ramai tidak tahu kisah sebenar Mahathir mahu menumbangkan...

Apa Salahnya Pulau Pinang Jadi Bandar Kristian? – Dr Ariffin Omar

(menara.my) – Senator lantikan parti DAP, Senator Dr. Ariffin S.M Omar berpandangan bahawa tiada apa yang perlu dirisaukan jika Pulau Pinang menjadi Bandar Kristian....

6 Ahli parlimen PAN akan umum keluar parti sertai PPBM?

Seramai enam orang ahli parlimen Parti Amanah Negara (PAN) dijangka akan menyertai menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam masa terdekat. Menurut sumber mereka memilih...

[Video] PPBM setuju sertai Muafakat Nasional

Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin mengumumkan parti pimpinannya bersetuju menyertai Muafakat Nasional (MN), kerjasama antara Umno dan PAS. Beliau dalam satu rakaman video berkata, ia adalah...

Ekonomi negara jatuh berbanding kebanyakan negara dunia kerana salah urus

Bila bon Kerajaan Malaysia tidak lagi berada dalam indeks global, pelabur asing yang melabur dalam bon kerajaan terpaksa menjual dan membawa keluar duit mereka untuk melabur di dalam bon negara lain yang berada dalam indeks tersebut.

Lim Kang Hoo dari The Loaf ke Bandar Malaysia

Namun begitu sebuah syarikat bernama Ekovest Berhad melalui sebuah syarikat subsidiari mereka Duke Dining Sdn Bhd telah membeli keseluruhan saham The Loaf dan merancang untuk menghidupkan semula rangkaian bistro tersebut bermula tahun ini.

Mahathir dimalukan netizen di Facebook Perdana Menteri Pakistan

Kemeriahan sambutan luar biasa ke atas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad sempena lawatan negara ke Pakistan itu sedikit mendatangkan kecacatan apabila ruangan komen facebook Imran Khan dihujani dengan ribuan komen daripada rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan prestasi kerajaan pimpinan Dr Mahathir sejak kembali menawan Putrajaya.

Komen

..
00:02:39

[Video] #PRNSabah: WARISAN dakwa penularan Covid-19 di Sabah Sandiwara. Fitnah terhadap ‘front-liners’

Selepas menggelakkan tragedi Lahad Datu tahun 2013 sebagai sandiwara, Warisan Plus juga sifatkan Covid-19 sebagai satu lagi sandiwara. Lihat sini: https://pakdin.my/prnsabah-mohamaddin-ketapi-dakwa-askar-berperang-dengan-ayam-dan-anjing-di-tanduo-video/ Mereka kata orang Melayu tak...

Jangan kompromi isu keselamatan: Bung

TAWAU: Pengerusi Barisan Nasional Negeri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mahu pasukan keselamatan tidak berkompromi terhadap isu keselamatan terutamanya menjelang hari pembuangan undi...
00:02:32

#PRNSabah: Mohamaddin Ketapi dakwa askar berperang dengan ayam dan anjing di Tanduo? [Video]

Bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya semasa era Pakatan Harapan, Mohamaddin Ketapi mendakwa peperang menentang penceroboh di Tanduo, Lahad Datu, Sabah ada lah pembohongan...

#PRNSabah: Ahli MT UMNO dilapor postif COVID-19 selepas berkempen di Sipitang

Seorang pemimpin UMNO dilaporkan positif COVID-19 selepas berkempen di kawasan Parlimen Sipitang. Memetik laporan sebuah portal tempatan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu kini sedang menjalani...

#PRNSabah: Polis sahkan cubaan warganegara jiran masuk mengundi [Video]

KOTA KINABALU: Polis Sabah mengesahkan terdapat cubaan warganegara jiran yang akan memasuki negara ini secara besar-besaran bagi menjalankan pengundian dalam Pilihan Raya Negeri (PRN)...

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan

#PRNSabah: Rakyat Sabah tidak perlu bantuan walau ekonomi teruk dan pekerjaan tiada dibawah Warisan

Shafie, mari sini duduk sebelah saya. Saya jelaskan satu-satu report card kamu. 1. Tahun lepas saja hampir 120,000 rakyat Sabah tiada kerja. Ini gred F! 2. Kadar...