23.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 27, 2020

Peguam Ditipu RM604,000 Untuk Gelaran ‘Datuk’ – Lapan Ditahan

20160923-tipu-gelaran-datuk

Seorang peguam terpedaya dengan menyumbang sejumlah RM604,000 kepada sebuah yayasan bagi mendapatkan gelaran ‘Datuk’.

Bagaimanapun, yayasan itu yang kononnya dinaungi Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah, hanya dijadikan sebagai umpan untuk menipu seorang lelaki berusia 62 tahun.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, peguam tersebut didatangi seorang wanita berusia 36 tahun dari Sibu yang mendakwa sebagai pegawai berpangkat tinggi di istana.

Difahamkan beberapa pertemuan diadakan antara kedua-dua pihak antara 18 November 2015 dan 18 Jun tahun ini sebelum wang tersebut dipindahkan ke dua akaun bank milik wanita berkenaan.

“Adalah satu kemestian buat mangsa untuk memberikan sumbangan bagi mendapatkannya gelaran tersebut.

“Mangsa diberitahu gelaran itu sudah dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong pada 4 Jun, tetapi dia akhirnya sedar ditipu selepas diberitahu oleh seorang pegawai istana pada 31 Ogos lalu,” katanya.

Acryl Sani berkata, siasatan awal mendapati permohonan untuk mendapatkan gelaran ‘Datuk’ dibuat menerusi platform yang betul.

Lapan suspek, termasuk tiga wanita berusia antara 30 dan 40 tahun ditahan di beberapa lokasi berasingan di Kelantan, Kuala Lumpur, Kajang, Ampang, Sungai Buloh dan Perak, bagi siasatan kes tersebut.

“Kesemua mereka direman sehingga 26 September.

“Kita turut merampas beberapa telefon bimbit, kad bank, beg, barang kemas, resit pembelian emas, fail dan sebuah kereta mewah,” katanya.

Berita Berkaitan

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak...

#PRNSabah: Warisan kalah tetapi Shafie mungkin angkat sumpah sebagai KM esok

Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mungkin akan mengangkat sumpah sekali lagi esok berikutan kegagalan mana-mana parti menjadi dominan dalam Pilihan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan